Selasa, 19/06/2009 – Ra’fat Nasif, seorang anggota pimpinan HAMAS (gambar) yang sedang berada dalam penjara Zionis menegaskan jenayah pembunuhan Haytham Amru yang dilakukan oleh militia Abbas-Dayton menunjukkan Abu Mazin dan Fatah sebenarnya tidak menghiraukan mana-mana dialog dan kepentingan nasional.
Beliau berkata dalam satu kenyataan yang disusup keluar dari tempat tahanannya pada hari Isnin (15/6), dan diterima oleh Pusat Media Palestin: “Jenayah baru ini menunjukkan dengan jelas Abbas dan Fayyad terjerumus melaksanakan suruhan dan arahan luar yang bertujuan menghapuskan perjuangan rakyat Palestin dan HAMAS di Tebing Barat dengan menggunakan pihak keselamatan yang berada di bawah kawalan general Amerika, Dayton.”
Nasif juga menegaskan tidak ada sebarang faedah dan manfaat daripada mana-mana dialog dan pertemuan dengan Fatah kerana ia sudah tidak lagi mempunyai kuasa, bahkan melalui tindakannya yang hanya mendiamkan diri, ia dianggap menyokong segala jenayah yang dilakukan oleh militia Abbas melalui arahan Dayton terhadap anak bangsa Palestin dan para pejuang.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
No comments:
Post a Comment