Friday, June 12, 2009

MP Bardil berharap lawatan deligasi Parlimen EU dapat mengubah pendirian Barat.

Rabu, 10/06/2009 - Ahli parlimen Hamas, Dr. Salah Al- Bardawil mengalu- alukan rombongan deligasi parlimen EU, dengan harapan ianya dapat membantu dalam membuktikan penindasan yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin.

Bardawil bercakap pada pemberita; Quds Press bahawa, lawatan tersebut akan membolehkan ahli- ahli deligasi EU itu menyaksikan sendiri kemusnahan yang dilakukan oleh Israel. Dia berharap sikap terbuka barat akan dapat membetulkan pendirian mereka terhadap perjuangan Palestin dan gerakan Hamas. Beliau juga bercadang untuk memaklumkan mereka tentang penahanan berterusan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Israel terhadap penggubal undang- undang Palestin.

Deligasi yang terdiri daripada 41 orang ahli parlimen , dari 15 buah negara Eropah itu juga tersertai speker- speker parlimen. Bardawil mengalu- alukan juga lawatan sedemikian daripada persatuan parlimen- parlimen Arab.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Av Endekku

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]