Friday, June 26, 2009

4 Nelayan Palestin diculik rejim Zionis.

Selasa, 23/06/2009 – Tentera Laut Israel Isnin lalu telah menculik empat orang nelayan Palestin termasuk dua adik-beradik disebabkan mereka memancing di perairan Palestin di Gaza.

Keempat-empat nelayan itu telah diculik semasa kapal perang Israel menyerang bot nelayan terbabit. Mereka telah dikenal pasti sebagai Saddam Abdul-Bari, adiknya Odai, Ramadan Hasan dan Mohammad Al Sultan Noury.

Mereka telah dipaksa naik ke dalam kapal tentera laut dan telah hantar ke pelabuhan Ashdod.

Sumber tempatan melaporkan tentera laut Israel telah menahan dua bot nelayan di Al kawasan Sudaniyya dan telah memukul nelayan-nelayan tersebut serta mengambil bot mereka.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz_79

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]