Persatuan Hak Asasi Manusia Ad Dameer menggesa Abbas nyatakan pendirian yang jelas mengenai aktiviti penahanan politik di Tebing Barat yang semakin meningkat terutamanya terhadap ahli-ahli Hamas.
Pasukan Keselamatan di Tebing Barat meneruskan kempen penahanan terhadap ahli Hamas walaupun Abbas telah mengarahkan menghentikan aktiviti tersebut serta membebaskan semua tahanan yang tidak terlibat dalam perkara jenayah. Persatuan tersebut menyoal kesetiaan Pasukan Keselamatan terhadap arahan Abbas yang sehingga kini masih meneruskan kempen penahanan.
Persatuan tersebut membantah segala penahanan politik dan rakyat Palestin tertunggu-tunggu usaha pendamaian antara kumpulan di Palestin dan segala penahanan politik adalah satu pencabulan terhadap undang-undang serta membantut segala usaha perjuangan Palestin.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous
No comments:
Post a Comment