Khamis 11/06/2009 - Seorang rakyat Palestin yang bernama Mohamed Ghosheh dipaksa oleh Israel memusnahkan rumahnya sendiri yang terletak di Souk Khan Al -Zeit, Kota Lama Baitul- Maqdis semalam.
Gorsheh telah diugut oleh sekumpulan besar pegawai majlis perbandaran awam Israel supaya dia membayar 25,000 dollars jika dia enggan merobohkan rumahnya itu sendiri. Israel memberi alasan bahawa pembinaan rumah tersebut tidak sah dan tidak berlesen. 13 apartmen lain di Beit Hanina juga telah dimusnahkan Israel atas alasan yang sama.
Dalam konteks yang sama, Menteri perumahan dan kerjaraya, Dr. Mahmoud Al- Mansi, pada isnin lalu, telah memberi amaran bahawa Israel masih lagi meneruskan usaha- usaha mereka untuk menghalau rakyat- rakyat Palestin dari Baitul Maqdis melalui taktik licik dan diskriminasi rang undang -undang mereka. Menurut Dr. Mansi lagi, tujuan Israel berbuat sedemikian adalah untuk mengasingkan kota suci tersebut daripada rakyat- rakyat Palestin, sekaligus mengubah demografi mereka. Israel juga membina petempatan- petempatan mereka di sekitar kawasan tersebut.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Av Endekku
No comments:
Post a Comment