Friday, June 26, 2009

40 penyokong Hamas ditahan dalam masa 24 jam.

Selasa, 23/06/2009 – Seorang pemimpin politik pergerakan Hamas di Gaza, Dr. Ismail Radwan melaporkan pasukan keselamatan presiden Mahmoud Abbas telah bertindak menahan 40 orang penyokong Hamas dalam masa 24 jam, dan menuntut satu keputusan sebenar untuk menghentikan semua penangkapan politik.

Radwan menambah, Abbas telah mengeluarkan ‘polemik media’ mengenai pembebasan tahanan politik dan akan menghentikan penangkapan politik. Namun bagaimanpun dalam masa yang sama pasukannya sedang giat membuat kempen penangkapan ahli Hamas dan penyokongnya yang menentang.

Dalam satu kenyataan kepada Pusat Informasi Palestin, Dr Radwan menyatakan Ketua ahli parlimen blok Fateh, Azzam Al Ahmad turut mendesak pasukan keselamatan melepaskan 20 tahanan politik Hamas, 40 ahli baru Hamas yang telah ditahan. ”Kita mahu tindakan bukannya kata-kata, kita menuntut satu senarai banduan-banduan politik yang akan dikeluarkan, tetapi sehingga hari ini kita tidak pernah menerima satu pun dari senarai tersebut,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya mahu fail tahanan politik itu ditamatkankan dan mengarahkan militan Abbbas untuk melepaskan tahanan tersebut tanpa jumlah yang terhad juga tidak meneruskan sebarang penangkapan lagi.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : alfishahrin_85

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]