Friday, June 12, 2009

Hamas mohon kerajaan baru Lubnan bina semula kem Nahr El-Bared.

Khamis 11/06/2009 - Pergerakan Hamas pada hari Selasa mohon kepada kerajaan baru Lubnan agar membina semula kem pelarian Nahr El-Bared dan mengiktiraf hak asasi pelarian Palestin di Lubnan.

Ali Baraka, pegawai Hamas di Beirut berkata demikian dan mahu menjalinkan hubungan persaudaraan dengan semua ahli parlimen Lubnan.Beliau berkata hak pelarian Palestin adalah atas dasar prinsip mereka yang tidak mahu menetap di mana-mana negara dan mahu kembali ke tanah asal. Nasib pelarian Palestin di Lubnan adalah disebabkan penjajahan Zionis dan ini adalah masalah Zionis-Arab dan bukannya Lubnan-Palestin.

Beliau menambah lagi keselamatan dan ketenteraman Lubnan adalah penting dalam perjuangan Palestin dan semua masalah pelarian Palestin boleh diatasi dengan dialog Lubnan-Palestin.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]