Sabtu, 27/06/2009 – White House pada Khamis lalu memutuskan untuk menamakan Dennis Ross, perunding veteran Timur Tengah sebagai penasihat khas kepada Presiden AS, Barack Obama bagi perkara-perkara berkaitan Timur Tengah, Negara Teluk Arab, Afghanistan, Pakistan dan Asia Selatan.
Dia akan juga bekerja dengan pegawai tertinggi bagi beberapa isu dasar mengenai Iran dan Iraq. Mike Hammer, Jurucakap Badan Keselamatan Kebangsaan AS berkata Ross akan menjadi pembantu khas kepada Obama dan pengarah kanan bagi wilayah-wilayah disebut.
Ross bekerja sebagai penasihat khas Jabatan Negera untuk negara Teluk dan barat daya Asia. Kini dia akan menjadi pembantu khas Obama bagi keseluruhan rantau merentasi Timur Tengah dan Teluk, Pakistan, Afghanistan dan Asia Selatan.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ammar
No comments:
Post a Comment