Tuesday, June 09, 2009

Askar rejim Zionis semakin gila menyerang aktivis keamanan di Hebron.

Sabtu, 07/06/2009 - Agency Maan News melaporkan Sabtu lalu , askar rejim Israel telah menyerang berdozen aktivis , rakyat Israel dan aktivis Palestin yang membantah peneroka-peneroka bandar Susia yang melakukan penempatan haram, di bandar Hebron Tebing Barat selatan.

Bantahan telah dijalankan selepas peneroka-peneroka haram Israel meluaskan kawasan penempatan mereka dengan merampas tanah yang dimiliki rakyat Palestin.

Peneroka-peneroka itu membawa rumah rumah bergerak dan karavan, meletakkan ia di tanah rakyat Palestin bersebelahan.

Aktivis keamanan Israel menyatakan tentera rejim Israel mengisytiharkan kawasan tersebut se bagai zon tentera tertutup dengan tujuan menghalang aktivis-aktivis daripada melakukan demonstrasi , dan menambah bahawa “ia kelihatan setiap orang askar rejim Israel boleh mengisytiharkan mana-mana kawasan Palestin sebagai zon tentera tertutup”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : gunx

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]