Friday, June 12, 2009

Meshal: Tangkapan di Tebing Barat halang perdamaian.

Khamis 11/06/2009 - Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshal menegaskan HAMAS amat prihatin terhadap kepentingan Palestin. Beliau juga menegaskan sudah terdapat persetujuan dengan Mesir yang menjadi penaung untuk membentuk beberapa jawatankuasa yang akan berusaha membebaskan para tahanan. Beliau juga amat berharap agar naungan Mesir dan negara-negara Arab lain berjaya mencapai matlamat ini.

Semasa mengadakan sidang akhbar di Kaherah pada Selasa (9/6), selepas mengadakan perbincangan dengan Umar Sulaiman, menteri Mesir, beliau menegaskan bahawa halangan besar kepada perdamaian Palestin ialah tangkapan dan penculikan yang berlaku di Tebing Barat. Ia adalah tindakan yang sama sekali tidak boleh diterima.

Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat usaha untuk menghapuskan HAMAS yang dilakukan oleh pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat. Beliau juga menjelaskan persetujuan telah dicapai dengan pihak Mesir untuk membentuk beberapa jawatankuasa bagi membebaskan mangsa yang diculik, sambil menegaskan: “Jika tugas asasi ini tidak dilaksanakan segera, maka tidak akan berlaku penyelesaian untuk mencapai perdamaian Palestin.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]