Friday, June 19, 2009

Carter dijangka bertemu Haniyya Selasa ini.

Selasa, 16/06/2009 – Pejabat media Kementerian Dalam Negeri yang musnah Isnin lalu di Gaza melaporkan Bekas Presiden AS, Jimmy Carter akan mengadakan satu mesyuarat dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniyya di Semenanjung Gaza Selasa ini.

Sumber rasmi dari pejabat tersebut menambah bahawa perbincangan mesyuarat itu akan menumpukan keadaan dalam wilayah-wilayah penduduk Palestin terutama di Semenanjung Gaza dan Kesan-kesan kemusnahan akibat dari serangan tentera Israel ke atas Gaza di mana lebih daripada 1400 rakyat Palestin telah terbunuh dan hampir 6000 orang lagi tercedera.

Turut difahamkan, perbincangan berkaitan laluan sempadan dan usaha-usaha untuk memulakan pembinaan semula Gaza turut diadakan sebagai sebahagian dari usaha untuk menamatkan pengepungan Israel.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : alfishahrin_85

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]