Friday, June 12, 2009

HAMAS seru pembebasan segera Taisir Imran.

Rabu, 10/06/2009 - HAMAS di Tebing Barat menuntut kerajaan Abbas agar membebaskan segera salah seorang anggota pimpinan politiknya, Syeikh Taisir Imran, sambil menyifatkan tindakan penahanannya sebagai tidak berakhlak dan batu penghalang kepada usaha dialog Palestin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin (8/6) yang diterima oleh Pusat Media Palestin, HAMAS menganggap tindakan kerajaan Abbas-Dayton yang tunduk kepada penjajah terhadap para ulama, pimpinan, pensyarah universiti, isteri tawanan dan syuhada’ sebagai petunjuk kebangkrapan tidak berakhlak dan batu penghalang kepada dialog.

HAMAS juga mengutuk penculikan Dr Khidr Sondak, pensyarah di Universiti Kebangsaan al-Najah setelah rumahnya diserbu, juga penahanan isteri Wajih Abu Idah yang diculik oleh pasukan keselamatan Abbas selepas 10 hari sahaja dibebaskan daripada penjara Zionis, setelah menghabiskan 28 bulan dalam ‘tahanan pentadbiran

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]