Tuesday, June 30, 2009

Awad: Turki ikrar projek pembangunan di Gaza.

Isnin, 29/06/2009 – Dr. Mohammed Awad, Setiausaha Agung Kerajaan Palestin di Gaza berkata bahawa kerajaan Turki serta beberapa syarikat swasta berminat untuk membangunkan Gaza dengan projek besar-besaran.

Mengikut Awad, satu delegasi daripada kerajaan Palestin di Gaza yang diwakili beliau, Menteri Kesihatan Dr. Basim Na’im, dan Datuk Bandar Gaza Rafeek Makki telah berjumpa dan berbincang dengan wakil kerajaan Turki mengenai keadaan Gaza dan nasib penduduknya yang disekat oleh Israel dan dibantu oleh Mesir dengan penutupan pintu sempadan Rafah.

Projek pembangunan tersebut adalah dalam bidang pertanian, infrastruktur, pelajaran, dan kesihatan. Dalam masa yang sama, pelajar Turki akan diberi biasiswa oleh kerajaan Gaza untuk belajar di Universiti Gaza dan menggesa kerajaan Turki mengiktiraf pendidikan mereka.

Awad juga menggesa Turki menggandakan usaha mereka untuk menekan Israel menghentikan sekatan serta membawa isu Palestin ke arena antarabangsa dengan menggesa pihak antarabangsa menyegerakan pembangunan semula Gaza dan mahu media memaparkan isu-isu kemanusiaan di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]