Friday, June 19, 2009

Qorea’; Tiada rundingan damai jika penempatan diteruskan, dan penolakan solusi dua negara.

Khamis, 18/06/2009 – Ahmad Qorea’, Abu Ala’ (ketua senior Fatah), menolak ucapan perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan menegaskan bahawa rakyat Palestina akan menubuhkan negara mereka serta Baaitul Maqdis timur akan dijadikan ibu negara.

Beliau juga, menolak solusi peralihan dan menyeru supaya Israel mengenal hak kepulangan bagi pelarian- pelarian Palestin yang termaktub dalam Resolusi Kaunsil Keselamatan nombor 194. Katanya lagi, Israel mesti menghentikan aktiviti- aktiviti penempatan mereka tanpa syarat.

Tentang isu- isu dalaman pula, Qorea’ berterima kasih kepada Mesir dalam memainkan peranan dalam rundingan serta menjadi tuan rumah persidangan pada 7 julai yang akan datang. Beliau juga memaklumkan ketua- ketua Fatah tentang mesyuarat- mesyuarat Jawatankuasa Pusat Fatah di Amman dan berharap persidangan Fatah pada 4 Ogos akan berjalan lancar. Diantara agenda persidangan tersebut ialah pemilihan ahli- ahli jawatankuasa yang baru serta perbincangan isu- isu dalaman.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : Av Endekku

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]