Tuesday, June 23, 2009

Perjanjian pertukaran tawanan hanya akan berjaya jika Zionis serius

Isnin, 22/06/2009 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin sekali lagi menegaskan keinginan HAMAS dan kumpulan-kumpulan pejuang yang bersamanya untuk mencapai persetujuan tentang pertukaran tawanan dengan pihak Zionis penjajah. Beliau juga menegaskan keprihatinannya untuk menyelesaikan isu tersebut atas dasar kemanusiaan dan politik.

Haneyya berkata ketika merasmikan pembukaan hospital pakar mata di Gaza pada hari Khamis (18/6): “Sejak akhir-akhir ini, kami menerima banyak delegasi dan ramai pelawat. Perbincangan banyak berlaku tentang krisis tawanan Shalet di Semenanjung Gaza. Tetapi saya mengingatkan semua bahawa kami mempunyai 11 ribu orang tawanan Palestin di sebalik tembok besi penjara Zionis.

Beliau juga menambah: “Saya ingin memperingatkan dunia bahawa ada di kalangan para tawanan kami yang mengalami pelbagai jenis penyakit. Ada di kalangan mereka yang sudah bertahun-tahun tidak melihat anak-anak mereka.” Beliau juga menegaskan mahu menyelesaikan isu tersebut agar para tawanan dapat pulang ke rumah dan pangkuan keluarga mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]