Thursday, April 30, 2009

(Terkini) Obama mohon undang-undang Amerika digubal supaya Hamas boleh dibawa berbincang.

Khamis, 30/04/2009 - Akhbar Los Angeles Times berkata pada hari Isnin pihak pentadbiran Amerika mahu undang-undangnya digubal agar Hamas boleh dibawa berbincang dimana undang-undang yang sedia ada melarang sebarang perbincangan dengan Hamas sehingga Hamas ikitiraf negara haram Israel, meletakkan senjata, dan mengikitiraf semua perjanjian yang ditandatangani di antara PLO and Israel.

Pentadbiran Obama mahu menangani krisis kemanusiaan di Gaza tetapi buntu akibat larangan ke atas Hamas. Namun cadangan kemungkinan tidak akan diterima memandangkan kerajaan perpaduan Hamas-Fatah kini menemui jalan buntu.

Permohonan pentadbiran Obama telah menunjukkan mereka lebih bersimpati terhadap nasib rakyat Palestin berbanding pentadbiran Bush. Ahli majlis Repbulikan Mark Steven Kirk menyelar cadangan ini dengan menyamakan Hamas dengan Nazi tetapi kebanyakan pengawai kerajaan Amerika berkata cadangan tersebut bukanlah pengiktirafan kepada Hamas tetapi menggambarkan kepayahan pentadbiran Amerika untuk menaja pelan damai tanpa Hamas.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous

Dialog Nasional Palestin ditangguh ke pertengahan bulan depan.

Rabu, 29/04/2009 - Beberapa sumber memaklumkan bahawa dialog nasional Palestin yang berlangsung di Kaherah dan telah berakhir semalam (Selasa) ditangguhkan ke pusingan kelima yang akan diadakan pada pertengahan bulan hadapan.

Sumber tersebut berkata dalam kenyataan khas kepada Pusat Media Palestin pada petang Selasa (28/4): “Pada pusingan keempat ini, beberapa isu telah dibincangkan. Antaranya pilihanraya, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), pasukan keselamatan dan lain-lain. Manakala perbincangan mengenai isu kerajaan Palestin akan datang serta agenda politiknya ditangguhkan kepada pusingan seterusnya, kerana dialog tersebut mengambil pendekatan membincangkan isu yang lebih mudah dahulu kemudian diikuti dengan isu yang lebih sukar dan sulit.”

Sumber tersebut juga menjelaskan bahawa semasa perbincangan tertutup itu berlangsung di antara kedua-dua pihak Palestin dan disertai oleh menteri Mesir Umar Sulaiman, satu terma rujukan sementara nasional bagi PLO turut dibentuk. Ia adalah sebuah jawatankuasa yang terbentuk daripada seluruh fraksi Palestin, beberapa individu bebas dan jawatankuasa eksekutif PLO. Ia bertugas mengawal selia pembinaan semula PLO dan menjadi rujukan nasional PLO sehingga pilihanraya Dewan Perundangan yang baru dan dalam masa yang sama, autoriti jawatankuasa eksekutif sekarang masih berterusan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Perjumpaan Hamas-Fatah ditangguh sehingga 16 Mei depan.

Rabu, 29/04/2009 - Perbincangan dalaman antara Fatah dan Hamas telah ditangguhkan sehingga 16 dan 17 Mei dengan tujuan memberi peluang kepada kedua-dua pihak bagi membincang cadangan baru Mesir yang bertujuan menyelesaikan semua perkara tertangguh.

Pemimpin Hamas dan anggota pasukan rundingannya, Mahmoud Zahhar Selasa lalu menyatakan perbincangan itu telah ditangguhkan dengan tujuan memberi peluang kepada perunding kedua-dua belah pihak membincangkan cadangan-cadangan dan kemajuan terkini bersama pemimpin mereka.

Zahhar juga menyatakan Palestin Liberation Organization (PLO) dan mengenai keselamatan adalah perkara paling rumit dibincangkan dalam pertemuan yang diadakan pada hari Isnin dan Selasa itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Wednesday, April 29, 2009

Empat Warga Palestin cedera akibat serangan Zionis berdekatan persimpangan Mintar.

Selasa, 28/04/2009 - Empat warga Palestin tercedera pada Isnin lalu berdekatan tempat perdagangan Mintar di timur bandar raya Gaza akibat serangan angkatan tentera Israel.

Dr Muawiya Hassanein, pengarah ambulans dan kecemasan dalam kementerian kesihatan, memberitahu wartawan yang kondisi mereka yang tercedera adalah ringan dan sederhana. Di Semenanjung Barat, askar-askar Zionis telah menembak seorang lelaki Palestin berusia 62 tahun di daerah Al Khalil pada Isnin lalu menyebabkan kakinya cedera berdekatan Jalan Tarqumia, bandar raya Al Khalil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Hamdan: Abu Mazin memandulkan dialog nasional Palestin sebelum ia bermula.

Selasa, 28/04/2009 - Usamah Hamdan, wakil HAMAS di Lubnan berpendapat Mahmoud Abbas, Presiden Palestin yang sudah tamat tempoh pemerintahannya telah memandulkan dialog nasional Palestin dalam ucapannya hari ini. Beliau juga menambah isi-isi ucapan Abbas saling bercanggahan. Beliau seterusnya menegaskan bahawa perjuangan yang dilakukan HAMAS adalah hak yang diperakui dan dijamin oleh undang-undang, manakala perancangan Abu Mazin yang mahu menghentikan perjuangan tersebut tidak lahir daripada kelestarian nasional Palestin.

Beliau berkata dalam satu kenyataan kepada Stesen TV al-Jazeera pada hari Isnin (27/4): “Saya yakin bahawa Abu Mazin dalam ucapannya telah memandulkan dialog Palestin sebelum ia bermula, kerana nampaknya beliau kebingungan dengan kejayaan berterusan yang kami capai.” Seterusnya beliau menyatakan bahawa idea Abu Mazin itu tidak layak untuk diberikan perhatian dan pertimbangan.

Berkenaan syarat Abu Mazin dalam ucapannya itu agar kerajaan Palestin akan datang mengiktiraf syarat-syarat kuartet dan memberikan komitmen kepada persetujuan-persetujuan yang telah ditandatangani Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hamdan berkata: “Sebagai sebuah gerakan, kami mempunyai pendirian yang jelas terhadap syarat-syarat tersebut.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

(Terkini) Israel akan mengebom Tehran ?

Selasa, 28/04/2009 - Sumber rasmi di Iran Ahad lalu melaporkan pihak perisikan Iran berjaya memahami apa yang disifatkan sebagai “sel pengganas yang dikaitkan dengan Israel”. Sumber itu berkata anggota sel itu sedang merancang untuk mengadakan siri pengeboman di Tehran ketika pilihan raya presiden Iran berlangsung.

Press TV Iran berbahasa Inggeris melaporkan Menteri Perisikan, Gholam-Hossein Mohseni-Eje’I berkata pihaknya telah menahan anggota sel yang telah dikaitkan kepada Israel itu.

Menteri itu menambah semua anggota sel itu merancang beberapa siri letupan di ibu negara Iran dengan tujuan untuk membuat huru-hara sempena pilihan raya presiden Iran dan ia dirancang untuk dilaksanakan pada bulan Jun ini

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Henti bincang bebas Shalit kerana Zionis teragak-agak.

Isnin, 27/04/2009 - Seorang penganalisis politik, Dr Anis al-Naqqash berkata bahawa keputusan kerajaan Zionis memberhentikan perundingan tentang pertukaran tentera Zionis yang ditawan Gel’ad Shalit adalah kerana keadaan teragak-agak yang sedang dilalui oleh kerajaan golongan kanan sekarang.

Beliau menegaskan dalam satu dialog khas dengan Biro Penerangan HAMAS pada hari Ahad (26/4) yang salinannya diperolehi oleh Pusat Media Palestin bahawa polisi kerajaan Zionis sekarang tidak jelas hingga kini, dan ia tidak tahu bagaimana berinteraksi dengan isu-isu yang sedang diperbincangkan. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan Zionis sedang menghadapi tekanan daripada Amerika Syarikat agar ia mengubah polisinya agar sesuai dengan polisi baru pentadbiran Amerika terhadap rantau ini.

Dr Anis juga menyatakan bahawa kerajaan golongan kanan Zionis sekarang tidak akan memulakan perbincangan tentang mana-mana isu sebelum mendapat gambaran yang jelas tentang pendirian Amerika Syarikat. Inilah sebab utama kenapa kerajaan Zionis hingga kini masih tidak memulakan perbincangan tentang mana-mana isu berkaitan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Al-Misri: Dialog tidak akan maju selagi tidak menerima pilihan pejuang.

Isnin, 27/04/2009 - Mushir al-Misri seorang pimpinan HAMAS dan anggota Majlis Perundangan Palestin bagi blok ‘Perubahan dan Reformasi’ menegaskan bahawa dialog Palestin-Palestin tidak akan maju seinci pun jika tidak menerima pilihan pejuang menentang penjajahan Zionis.

Dalam ucapan yang disampaikan sempena festival yang dianjurkan HAMAS di perkhemahan baru al-Nusairat bagi memberi penghormatan kepada para syuhada’ perkhemahan tersebut pada petang Khamis (23/4) beliau menolak daripada memberikan komitmen terhadap perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh PLO dengan penjajah Zionis dan menganggap persetujuan tersebut sebagai tindakan berundur daripada mempertahankan hak rakyat Palestin, terutamanya tindakan menyerahkan sebahagian bumi Palestin yang diberkati.

Mushir al-Misri menegaskan bahawa HAMAS tidak akan mengiktiraf regim Zionis dan menganggapnya sebagai satu sel kanser yang mesti dibuang dari Palestin dan hendaklah dihapuskan. Beliau berkata: “HAMAS tidak mengiktiraf apa yang dinamakan sebagai ‘Israel’ ketika ia masih berada dalam fasa lemah, maka bagaimanakah dunia mahukan ia mengiktiraf Israel ketika ia telah melangkah ke fasa kuat dan mendapat kemenangan?”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Monday, April 27, 2009

PCHR: 2008 the bloodiest year for the Palestinians since the Nakba




GAZA, (PIC)-- The Palestinian center for human rights (PCHR) issued a report on Saturday revealing that the year 2008 was the bloodiest year for the Palestinians since the Nakba of 1948. It included violations and attacks that occurred during Israeli offensives against the Palestinians.

The report which was distributed during a news conference held in Gaza and a copy of which was received by the PIC said that the number of Palestinians killed by Israeli occupation forces and the settlers in 2008 is 868, 820 of them were killed in the Gaza Strip, and 48 were killed in the West Bank.

The report added that 414 of the slain Palestinians were civilians and were killed in situations that did not pose any threat to the lives of Israeli troops.

According to the report, in 2008, IOF soldiers kidnapped during repeated incursions or at checkpoints 2,433 Palestinians in the West Bank and 68 in Gaza.

IOF troops and settlers carried out repeated attacks against Palestinian lands and homes in the West Bank, while the Israeli occupation authority expropriated more Palestinian lands for settlement expansion and for the construction of the apartheid wall.

The PCHR reported that in 2008, IOF soldiers destroyed 216 homes in the Palestinian lands, including 107 in the West Bank and 109 in Gaza, adding that IOF troops also destroyed 3,434 dunums of agricultural lands.

Haneyya gov't lashes at IOA decision to confiscate more Palestinian lands




GAZA, (PIC)-- The PA government in Gaza Strip led by Ismail Haneyya on Sunday denounced the Israeli occupation authority for deciding to expand the Maaleh Adumim settlement and confiscating 12,000 dunums of Palestinian lands in the process.

Dr. Yousef Mansi, the minister of public works and housing, said in a statement on Sunday on behalf of the government that the IOA expansion of Maaleh Adumim and adding more settlements to it targets encircling the eastern flank of occupied Jerusalem and putting hurdles between southern and northern areas of the West Bank.

The minister asked the world community to shoulder its responsibility towards the ongoing usurping activity and stealing of Palestinian lands, and to pressure the IOA to halt its arbitrary practices against Palestinian lands in the West Bank and to stop all schemes aimed at expropriating those lands in violation of all international agreements and treaties.

The IOA is constantly working on building more settlement blocs and settling new "usurpers" while forcing the indigenous people out of their lands, Mansi elaborated.

He asked the legal institutions worldwide to expose those practices and violations

PFLP asks Abbas to freeze negotiations with IOA




RAMALLAH, (PIC)-- Abdul Rahim Mallouh, the deputy secretary general of the Popular Front for the Liberation of Palestine, has asked Mahmoud Abbas, the ex-PA chief, to freeze negotiations with the Israeli occupation authority.

Mallouh, in a memo to Abbas, said that the formation of the new Israeli far right government and the inconclusive national dialog in Cairo called for halting all political meetings with the IOA and concentrating on demanding the implementation of international resolutions regarding the Palestine cause.

He said that all efforts should focus on confronting the Israeli practices especially the settlement drive, the wall, siege and judaization of Jerusalem.

The PFLP leader stressed that international moves should be planned to rally support for the Palestinian people's national rights and for providing international protection for that people.

Mallouh said that confronting challenges, protecting national project and restoring national unity necessitate surpassing all differences and partisan calculations.

He asked Abbas to call for a meeting for the higher national committee for national dialog that was formed in the Cairo meetings back in 2005 in order to prepare for presidential and legislative elections in January 2010 as a way out of the current internal deadlock.

Awad: The Palestinian people will not allow anyone to waive their rights




GAZA, (PIC)-- Dr. Mohamed Awad, the secretary-general of the Palestinian cabinet, stated that the Palestinian people and government would not allow anyone to give up the Palestinian rights and constants which are guaranteed by all international conventions.

In a speech delivered on behalf of premier Ismail Haneyya during a ceremony held to commemorate the 61st anniversary of the Nakba (usurpation of Palestine), Dr. Awad stressed that all countries of the free world and the UN have to recognize the Palestinian rights and enable the Palestinian people to restore their rights.

The Palestinian official underlined that despite the elapse of more than six decades of massacres, displacement, suppression, starvation and blockade, the Palestinian people's determination would not soften and would remain adherent to their rights to return to their homeland.

He also said that the anniversary of the Nakba coincided with another catastrophe that befell the Palestinian people in Gaza, which is the aggression carried out by the Israeli occupation on Gaza that led to the displacement of more than 8,000 familie

Friday, April 24, 2009

Amerika tidak layak memimpin proses perdamaian.

Khamis, 23/04/2009 - r. Yahya Musa wakil dewan perundangan dari Hamas menegaskan Amerika tidak layak untuk mengetuai proses damai. Negara itu juga tidak mempunyai kebolehan dan kepercayaan untuk memimpin kesepakatan diantara ZIonis-Israel dengan Palestin.

Kenyataan Musa ini adalah respon kepada kenyataan Hillary Clinton. Clinton menegaskan bahawa beliau tidak adan bertemu dengan Palestin yang ada kaitan dengan Hamas dan tidak akan menyalurkan dana. Clinton menambah lagi Hamas perlu mempersetujui 3 syarat, meninggalkan jihad, memperakui kewujudan negara Israel dan menghormati Hamas.

Hamas jelas tidak memperakui Zionis Israel kerana itulah kemahuan rakyat Palestin. Musa juga menyeru agar dunia Arab terus mendokong perjuangan rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

5 tentera rejim Zionis cedera dan 20 rakyat Palestin ditangkap.

Jumaat, 24/04/2009 - Satu pergaduhan tercetus antara tentera Zionis Israel dengan rakyat Palestin di sini. Pergaduhan berpunca apabila tentera Zionis Israel menyerbu dan menyelongkar rumah rakyat Palestin. Di laporkan seramai 5 orang tentera Zionis Israel cedera dan 20 rakyat Palestin ditangkap. Akibat kejadian itu, Zionis Israel menutup jalan-jalan ke Kafr Qasim.

Turut berada di situ ialah kenderaan berat tentera yang digunakan untuk berdepan dengan rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Mishal : Israel penghalang besar !

Jumaat, 24/04/2009 - Khalid Mashal, Ketua Biro Politik Hamas di Syria yang berbincang dengan ahli parlimen Britain melalui persidangan video pada Khamis lalu berkata Israel adalah penghalang terbesar kepada keamanan kerana mereka menggagalkan perbagai perjanjian damai termasuk inisiatif dari negara Arab.

Mashal menambah masyarakat antarabangsa telah sedar yang Israel sentiasa menghalang keamanan, tetapi mereka gagal untuk bertindak.

Beliau menyatakan satu-satunya cara untuk mencapai keamanan di rantau adalah mendesak dan memaksa Israel untuk keluar dari wilayah Arab dan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijaz79

Thursday, April 23, 2009

HAMAS: Laporan Badan Hak Asasi tidak tepat.

Isnin, 20/04/2009 - Jurucakap HAMAS, Fawzi Barhoum menolak tuduhan yang dibuat oleh Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia terhadap pasukan keselamatan di Semenanjung Gaza bahawa pasukan keselamatan telah melakukan jenayah pembunuhan di luar batasan keadilan dan penghakiman semasa serangan Zionis terhadap Gaza baru-baru ini.

Barhoum menyifatkan laporan badan tersebut sebagai tidak tepat, tanpa usul periksa, tidak lengkap dan menyentuh polisi HAMAS di Semenanjung Gaza, sambil menegaskan bahawa melanggar undang-undang, melakukan pembunuhan atau menceroboh kebebasan serta hak asasi manusia bukanlah polisi HAMAS.

Jurucakap HAMAS itu menjelaskan bagi pihak HAMAS dalam satu kenyataan khas yang dikeluarkan pada hari Isnin (20/4) kepada Pusat Media Palestin bahawa laporan tersebut tidak mengambil kira pihak sebenar yang bertanggungjawab terhadap keadaan kucar kacir dan kekacauan yang berlaku semasa serangan Zionis terhadap Gaza. Pada masa itu, beberapa orang pimpinan pasukan keselamatan di Gaza telah dibunuh dan beberapa premis milik kerajaan dan kementerian dalam negeri telah dibom dan dimusnahkan.

Jenayah ini menjadi bertambah serius apabila penjara pusat Gaza pula dibom. Ia menempatkan ramai tahanan atas kesalahan jenayah keselamatan yang ditahan pihak polis kerana jenayah yang mereka lakukan atau kerana mereka menjadi tali barut kepada pihak musuh. Sesetengahnya pula ada yang sedang menjalani hukuman penjara yang dikenakan terhadap mereka dan ada juga yang sedang menunggu tarikh perbicaraan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Netanyahu batal lawatan ke US ?

Isnin, 20/04/2009 - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memutuskan untuk membatalkan rancangan untuk melawat Amerika Syarikat selepas dia diberitahu bahawa Presiden AS, Barack Obama tidak akan bertemu dengannya.

Netanyahu telah merancang untuk melawat Amerika Syarikat dengan tujuan untuk menyertai mesyuarat AIPAC (Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel).

Radio Tentera Israel Ahad lalu melaporkan Netanyahu telah memberitahu presiden Israel, Shimon Peres untuk mewakili Israel pada mesyuarat itu.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz79

Misri: Cubaan bunuh Betawi gagalkan rundingan.

Isnin, 20/04/2009 - Gerakan Perubahan dan Reformasi Dewan Perundangan Palestin mengecam keras cubaan bunuh Syaikh Hamid Betawi. Kejadian ini dipercayai dilakukan oleh kumpulan Fatah. Selain itu, pimpinan Hamas turut ditangkap. Kejadian berlaku setelah Syaikh Hamid selesai solat Zuhur di masjid. Menurut salah seorang pimpinan Hamas, Misri (gambar) , sejak kemenangan Hamas di parlimen Palestin, pelbagai bentuk kekejaman dan kezaliman dilakukan oleh Fatah.

Dengan perkembangan yang terkini, rundingan damai antara Hamas dan Fatah menemui jalan sukar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Mesh’al seru tinggalkan ego, tolak campurtangan luar.

Selasa, 21/04/2009 - Khalid Mesh’al, Ketua Biro Politik HAMAS menegaskan gerakannya tidak akan membenarkan dialog Palestin ditukar menjadi acara ‘merebus batu’ dan menyeru agar keegoan dan penerimaan campurtangan luar ditinggalkan sama sekali. Beliau juga mengatakan pihak pejuang Palestin mampu menjayakan perjanjian pertukaran tawanan dengan syarat-syarat yang ditentukan pihak pejuang sendiri.

Beliau berkata ketika menyampaikan ucapan bagi merasmikan pameran gambar sempena program ‘Hari Tawanan Palestin’ di perkhemahan al-Yarmouk di Damsyik, pada hari Isnin (20/4): “Perdamaian Palestin tertangguh dan terlewat. Ia menjadi mangsa campurtangan luar. Kita tidak akan membenarkan campurtangan luar menyebabkan gangguan kepada kepentingan Palestin. Semua pihak Palestin yang berkenaan, janganlah merasa mereka kuat dengan sebab campurtangan luar tersebut dan menganggapnya sebagai faktor utama dalam menentukan proses perdamaian.”

Seterusnya beliau berkata: “HAMAS dan sekutunya berusaha bagi menjayakan perdamaian Palestin semenjak ia bermula dahulu lagi. Kita masih meneruskan siri-siri dialog dengan mempermudahkan segala halangan demi menjayakannya dan mencapai perdamaian Palestin yang sejati.” Beliau juga menambah: “Tetapi pada hari ini telah terbukti dengan jelas bahawa faktor utama yang menjejaskan proses perdamaian tersebut ialah campurtangan luar. Oleh itu, kami mengutuk keras campurtangan luar Zionis Amerika tersebut, juga campurtangan kuartet dan percubaan mereka memaksakan syarat-syarat mereka terhadap proses perdamaian Palestin.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Hamas: Pasukan keselamatan Fatah tahan 10 penyokong Hamas.

Selasa, 21/04/2009 - Hamas di Tebing Barat mengatakan bahawa pasukan keselamatan yang setia kepada Fatah telah menahan 10 penyokong Hamas di utara Tebing Barat bandar Tulkarem, termasuk 8 daripada mereka yang pernah ditahan di Israel.

Ini merupakan hari ketiga operasi penahanan ini berterusan. Mereka yang ditahan adalah Amjad Awad, bekas tahanan dari Tulkarem, Kamal Masharfa, bekas tahanan dari kem pelarian Nour Shams, Ahmad Abu Asem, bekas tahanan dari Tulkarem, Mohammad Yousef Khader, bekas tahanan dari Bal’a sebuah bandar timur Tulkarem, Aseed Naji Sabha, dari bandar Anabta yang dipenjarakan selama 12 tahun oleh Israel, Fawzi Saqallah dari Tulkarem, and Yousef Fouda dari kem pelarian Nour Shams.

juara786: Hamas mengecam operasi penahanan ini yang langsung tidak menghormati segala usaha penyatuan kumpulan-kumpulan di Palestin

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Monday, April 20, 2009

Mesir buka terminal Rafah Sabtu dan Ahad.

Isnin, 20/04/2009 - Pihak Berkuasa Mesir telah membuat keputusan untuk membuka Terminal Rafah di antara Gaza dan Mesir pada setiap hari Sabtu dan Ahad bagi membolehkan pesakit, pelajar dan mereka yang mempunyai visa meninggalkan Gaza untuk memenuhi keperluan masing-masing tetapi tidak dibenarkan membawa masuk sebarang barang-barang keperluan.

Adel Zo’rob, jurucakap bagi Sempadan Gaza berkata mereka yang memenuhi kriteria tersebut dikehendaki berkumpul di Stadium Khan Younis pada setiap hari Sabtu.

Pihak Sempadan Gaza sedang berunding supaya pembukaan sempadan Rafah ditambah untuk sehari yang selain Sabtu dan Ahad. Pesakit disarankan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan bagi memudahkan proses perjalanan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous

Al-Zahhar: Delegasi HAMAS ke Kaherah akhir April ini bagi mengemukakan jawapan terhadap cadangan perdamaian.

Isnin, 20/04/2009 - Dr Mahmoud al-Zahhar, pimpinan HAMAS berkata HAMAS telah mengkaji segala cadangan yang dikemukakan bagi melaksanakan perdamaian Palestin, termasuk cadangan Mesir. Delegasinya akan menuju ke Kaherah pada akhir bulan ini bagi menyemukakan jawapan terhadap cadangan-cadangan tersebut.

Semasa lawatannya ke Hospital Lapangan Jordan di Gaza pada Khamis (16/3), al-Zahhar menegaskan kepada stesen TV kabel al-Quds bahawa pihak pejuang Palestin telah mencapai banyak persetujuan semasa dialog di Kaherah. Hanya tinggal beberapa isu kecil sahaja lagi yang masih tergantung namun ia mempunyai kesan strategik yang besar.

Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan bahawa HAMAS tidak pernah dan tidak akan memandang kecil keselamatan dan keamanan mana-mana negara Arab, dan ia bukanlah polisinya. Penjelasan ini sebagai isyarat kepada perbicaraan yang sedang dijalankan oleh Jordan terhadap tiga individu yang dituduh melakukan intipan bagi kepentingan HAMAS.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Asthal: Penundaan pertukaran tawanan hanya akan memberatkan syarat perlawanan.

Isnin, 20/04/2009 - Anggota parlimen dari Hamas, Dr. Yunus Al-Ashtal menegaskan pentingnya para pejuang bertegas terhadap tuntutannya sehingga mendapatkan kesempatan untuk membebaskan seramai mungkin tawanan Palestin dari penjara Israel.

Dalam program yang diadakan oleh Pertubuhan Waid dengan kerjasama gerakan pembebasan Palestin serta kumpulan reformasi di Khan Yunis Khamis (16/4) Ashtal mengatakan, para tawanan Palestin ketika ini, sebenarnya bukan tinggal di penjara, namun mereka tinggal di sebalik pagar ketakutan dan sikap pengecut Israel dalam menghadapi perlawanan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Friday, April 17, 2009

HAMAS : Penculikan askar Israel memang disengajakan.

Jumaat, 17/04/2009 -Dalam sidang akhbar bertarikh 17 April sempena Hari Tahanan Palestin, Hamas berkata penculikan askar Israel merupakan visi strategik yang diyakini pergerakan bagi membebaskan tahanan-tahanan Palestin.

Pergerakan itu berkata perjanjian politik dan diplomasi dengan Israel tidak mencapai kemajuan manakala penculikan askar mereka memberi tekanan kepada kerajaan Israel yang perlu menghadapi rakyat mereka sendiri.

Abdul-Latif Al Qanoa’ selaku jurucakap Hamas menegaskan beberapa operasi dijalankan oleh pejuang-pejuang Hamas yang menculik askar sekitar tahun 1980 dan 1990 an sehinggalah penahanan Gilad Shalit pada tahun 2006.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Al-Raqb: HAMAS akan tetap bebaskan tawanan.

Jumaat, 17/04/2009 - Hammad al-Raqb jurucakap media bagi HAMAS di daerah Khan Yunous menegaskan gerakannya telah berjanji dan bertegas akan tetap berusaha untuk membebaskan tawanan Palestin dalam penjara Zionis, walau bagaimana besar pengorbanan yang terpaksa ditanggung.

Beliau berkata dalam satu seminar yang dianjurkan oleh ‘Persatuan Pemudi Islam’ di Pusat Kebudayaan di al-Qararah, bersempena ‘Hari Tawanan’ pada Rabu (15/4), “orang-orang tawanan telah memberikan kepimpinan kepada para pemimpin di luar penjara, sekalipun mereka menghadapi kesulitan, kepayahan dan kesusahan yang besar dalam tahanan.”

Beliau juga menegaskan keberanian dan kemenangan yang dikecapi pihak pejuang adalah berpunca daripada orang-orang yang ditawan dan orang-orang yang telah syahid, sebagaimana semangat tinggi yang ditunjukkan oleh rakyat Palestin juga adalah hasil langsung daripada kesabaran tinggi yang ditunjukkan oleh keluarga mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Nazzal: HAMAS tiada kaitan dengan Mesir dan isu Hizbullah.

Khamis, 16/04/2009 - Sidang anggota politik HAMAS, Mohammed Nazzal menegaskan gerakannya tiada kaitan dengan isu Lebanon Hizbullah dan kerajaan Mesir. Nazzal berkata kepada akhbar Al-Quds Al-Arabi terbitan semalam (Selasa) yang mana gerakan HAMAS bersimpati kepada parti Hizbullah yang berhadapan dengan kempen menentang mereka. Beliau menyatakan bantuan ke atas rakyat Palestin dan menyalurkan senjata kepada mereka bukan atas dasar perang tetapi lebih kepada melindungi.

“Kami menghargai atas bantuan negara Arab atau pertubuhan Islam untuk rakyat Palestin dalam semua keadaan,” kata Nazzal. Malah beliau menambah, HAMAS tidak pernah berhubung dengan Cairo atau Hizbullah atas isu berbangkit yang mana kerajaan Mesir menangkap beberapa orang yang dari parti Lebanon ketika membekalkan senjata kepada Gaza.

Beliau menambah lagi, HAMAS tidak akan menjadi dalang antara kedua-dua parti. Ditanya samada HAMAS setuju Hizbullah akan menyerang tentera Israel dari sempadan Gaza, Nazzal mengulas bahawa Hizbullah tidak perlu berada di tanah rakyat Palestin. Beliau turut menyatakan yang mana tentera Palestin sendiri akan melakukan penentangan tanpa bantuan pertubuhan lain. Akhir sekali beliau menyatakan bahawa rakyat Palestin hanya memerlukan bantuan kewangan, senjata, makanan dan ubat-ubatan

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ammar

Thursday, April 16, 2009

Amerika dan Israel bersedia uji peluru berpandu

Rabu, 15/04/2009 - Radio Hebrew melaporkan pada hari Selasa bahawa Israel dan Amerika akan mengadakan latihan ketenteraan bersama di gambarkan sebagai yang terbesar yang akan menguji keupayaan 3 peluru berpandu yang dibina oleh Amerika untuk Israel.

Latihan ini akan menguji peluru berpandu generasi kedua buatan Israel, Arrow tambahan kepada Thaad dan Aegis yang dibina oleh Amerika.

Menurut radio tersebut, tujuan latihan bersama ini adalah untuk mengukuhkan infrastruktur Israel bagi membolehkan kejayaan menguji peluru berpandu tersebut dan melengkapkan keupayaan Israel menjadi tapak Amerika sekiranya keputusan untuk serang Iran diambil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Hezbollah menyerang Israel ?

Rabu, 15/04/2009 - Akibat ketegangan memuncak antara antara Mesir dan parti Hezbollah yang berpangkalan di Lubnan berikutan tuduhan bahawa Hezbollah merancang untuk melakukan serangan terhadap Israel melalui Mesir disamping Mesir melaksanakan penahanan terhadap sesiapa yang dipercayai merancang serangan itu, pihak keselamatan Mesir telah mengerahkan tentera ke sempadan Israel dan Gaza, manakala Israel melakukan perkara yang sama di wilayahnya.

Sumber-sumber Mesir melaporkan Selasa lalu bahawa Mesir telah menahan 25 lelaki warganegara Mesir, Palestin, Sudan dan Lebanon yang dipercayai ada kaitan dengan Hezbollah dan merancang serangan di Mesir.

Namun, Hezbollah menafikan tuduhan Mesir itu dan berkata parti itu tidak beroperasi di Mesir dan ia hanya menyokong pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Konvoi bantuan Syria menuju ke Gaza.

Rabu, 15/04/2009 - Hamdi Shaath, pemimpin jawatankuasa kerajaan yang ertanggungjawab menguruskan deligasi ke Gaza, melaporkan satu konvoi yang menghantar bantuan dari rakyat Syria kepada Gaza telah bergerak meninggalkan Syria Isnin lalu menuju ke Gaza.

Enam trak memuatkan bahan makanan, pakaian, peralatan perubatan dan bantuan kemanusiaan lain, dan satu tan gula-gula khas buatan Syria menuju ke Gaza.

Jawatankuasa tersebut menyatakan yang satu konvoi bantuan dari Scotland juga dalam perjalanan ke Gaza. Konvoi dijangka akan tiba di Gaza melalui pangkalan sempadan Rafah pada hari Khamis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Abu Zuhri: HAMAS tetap komited dengan dialog nasional bagi henti perpecahan, Fatah hendaklah serius.

Rabu, 15/04/2009 - HAMAS menegaskan bahawa rancangan untuk memulakan semula dialog nasional Palestin di Kaherah pada 26 April ini masih lagi berjalan, sambil mengharapkan agar Fatah menyertai dialog tersebut dalam keadaan tangkapan terhadap kader dan penyokong HAMAS di Tebing Barat telah dihentikan, di samping ia tidak lagi menuntut komitmen terhadap syarat ditetapkan pihak antarabangsa sebagai pendahuluan untuk meneruskan persepakatan.

Jurucakap HAMAS, Sami Abu Zuhri mendedahkan cadangan Mesir yang telah dikemukakan semasa perbincangan ketika dialog terakhir di Kaherah yang mengandungi pembentukan jawatankuasa bersama di antara semua fraksi pejuang Palestin termasuk HAMAS dan Fatah, yang bertanggungjawab melaksanakan semua perkara yang telah disepakati, termasuk membuat persediaan untuk mengadakan pilihanraya akan datang oleh kerajaan Mahmoud Abbas yang telah berakhir tempoh pemerintahannya.

Abu Zuhri menegaskan dalam kenyataannya kepada agensi Quds Press yang disiarkan pada hari Selasa (14/4) bahawa HAMAS telah mengkaji cadangan tersebut melalui institusi-institusinya dan akan menyampaikan jawapannya kepada pihak Mesir pada akhir bulan ini.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : Nurul

Tuesday, April 14, 2009

Yahudi Zionis cuba mencabul masjid Aqsa lagi.

Selasa, 14/04/2009 - Berpuluh-puluh peneroka Yahudi datang beramai-ramai ke sekitar masjid suci al-Aqsa di Baitulmuqaddis dan cuba untuk menjalankan ritual ibadah mereka sempena peristiwa Yahudi Passover menurut laporan sumber tempatan.

Laporan itu berkata para pengawal Aqsa berkonfrantasi dengan peneroka-peneroka itu dan menghalang mereka daripada melakukan prosiding bagi pencabulan terhadap tempat suci umat Islam itu.

Sumber-sumber itu menyatakan kumpulan peneroka itu tiba-tiba masuk ke dalam masjid dengan turut dipimpin oleh rabbi mereka di samping polis pengiring.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Israel bebaskan tawanan Nablus setelah 6 tahun dipenjara tanpa dakwaan.

Selasa, 14/04/2009 - Pihak Zionis-Israel telah membebaskan seorang pemuda Yahya Hisham Maqbul yang berasal dari Nablus. Yahya telah dipenjara selama 6 tahun. Beliau yang yang juga bekerja dalam bidang IT telah ditangkap pada 20 Apr 2003 setelah rumahnya telah diserbu oleh tentera Zionis-Israel. Segala peralatan rumahnya dihancurkan oleh Zionis-Israel. Yahya menyatakan setiap tahanan telah dizalimi dan dinafikan hak mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Hayyah : Fatah syaratkan akui Israel.

Selasa, 14/04/2009 - Pemimpin Hamas Dr. Kholil Hayyah menyebutkan Fatah telah mensyaratkan supaya mengakui Zionis-Israel sebagai pra-syarat untuk duduk berbincang. Syarat itu akan memaksa seluruh rakyat Palestin tunduk dan akur kepada Zionis-Israel. Ini suatu yang mustahil kerana Hamas ditubuhkan antaranya untuk menentang Zionis-Israel. Dalam kenyataannya, “Hamas dan seluruh rakyat Palestin tidak akan taat dengan kesepakatan PLO dengan ZIonis-Israel. Selain itu, tidak ada sebuah kerajaan yang memaksa untuk mengikuti apa yang telah direncanakan oleh kerajaan sebelum daripada itu.

Selain itu, masih terdapat banyak masalah lain berkaitan hubungan Fatah dan Hamas. Masalah-masalah ini sepatutnya diselesaikan segera sebelum menyelesaikan masalah luaran. Dalam pertemuan di Mekah, Hamas telah banyak mengalah dan memberi peluang tetapi tidak nampak komitmen Fatah hingga kini. Bagi Hamas tetap akan memperjuang dengan mencurahkan segala kemampuan demi meninggikan kalimat “Tauhid” dan menghalau Yahudi dari seluruh wilayah Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Monday, April 13, 2009

Matlamat HAMAS hapus penjajahan, jaga keselamatan Mesir.

Isnin, 13/04/2009 -HAMAS menafikan wujud ketegangan dalam hubungannya dengan Kaherah akibat apa yang dinamakan sebagai ‘sel Hizbullah’ di Mesir, sambil menegaskan HAMAS tidak pernah sama sekali menjadi anasir yang memudaratkan keamanan nasional Mesir.

Wakil HAMAS di Lubnan, Usamah Hamdan menjelaskan dalam kenyataannya kepada agensi Quds Press pada hari Ahad (12/3) bahawa HAMAS adalah sebuah gerakan perjuangan yang bermatlamat menghapuskan penjajah dan memerdekakan Palestin. Bagi Hamas, menjaga keamanan Mesir adalah sebahagian daripada tugasnya yang paling penting.

Beliau juga mengatakan HAMAS telah dan akan sentiasa menjaga keamanan dan kestabilan Mesir. Satu-satunya pihak yang mahu menjejaskan keamanan Mesir ialah penjajah Zionis. Semua orang termasuk saudara-saudara kita di Mesir tahu bahawa Zionislah yang selalu memudaratkan keamanan nasional Mesir. Ini telah dinyatakan dengan jelas berserta dengan bukti kukuh oleh al-Syahid Sa’id Siyam rahimahullah melalui pengakuan beberapa pihak yang menjadi tali barut musuh dan mempunyai hubungan dengan pihak keselamatan simpanan dalam peristiwa pengeboman yang berlaku di Sinai.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Sunday, April 12, 2009

Gov't committee calls on Arab foreign ministers to work on ending Gaza suffering




GAZA, (PIC)-- The government committee to break the siege called on the Arab foreign ministers who met Saturday in Jordan to work strenuously to carry out urgent relief programs in the Gaza Strip and take a brave Arab resolution to end the siege and open the crossings.

In a press statement received by the PIC, spokesman for the committee Adel Zu'rub urged the Arab ministers to fulfill the pledges made during the Doha summit and take a unified Arab position towards the Palestinian cause.

"We do not need marathon meetings, but we want a unified Arab stance towards breaking the siege on the Gaza Strip, and confronting the fascist occupation government and its aggressive schemes against the Palestinian people," Zu'rub underlined.

The spokesman also appealed to the Arab ministers to address the far-right Israeli government's decisions to escalate settlement and judaization schemes in the West Bank and Jerusalem.

In the same context, Dr. Yousef Rizqa, the political advisor to the Palestinian premier, expressed hope that the meeting of Arab foreign ministers in Jordan would not be a transient gathering reflecting the state of vulnerability and hesitation in the Arab official position.

In a press release received by the PIC, Dr. Rizqa underscored that the extremist right-wing Zionist culture that produced the war in Gaza is the same one which generated this fascist and racist government and its leaders, pointing out that the Israeli government declared that it would not be bound by the Annapolis decisions or the two-state solution.

The political advisor added that the new Zionist government denies the Palestinian rights and provides poor alternatives in exchange such as the economic peace and the mutual security relations, noting that these two equations mean that there could be no Palestinian state or recognition of international resolutions in this regard.

The advisor called on the convening ministers in Amman to declare to the western world that the international law allows the Palestinian resistance to continue their struggle until the attainment of freedom, and to demand the international community to impose sanctions against the Israeli government that repudiates the Palestinian rights and does not believe in any solution to the Arab-Israeli conflict.

European figures including Swiss MP to participate in Italian aid convoy to Gaza




BRUSSELS, (PIC)-- Swiss MP Joseph Zisyadis and other anti-siege European personalities declared their intention to participate in the "Hope" convoy traveling from Italy to the besieged Gaza Strip earlier next month to express their solidarity with the distressed Gaza people.

In a press statement, MP Zisyadis condemned the Israeli siege on Gaza as a shameful crime against humanity, calling for lifting it immediately.

He also urged the world's free people and human rights advocates to urgently act to end the suffering of the besieged Palestinians in Gaza.

For his part, Sameh Habib, the spokesman for the convoy's coordination committee, said that the convoy will be composed of about 100 trucks and ambulances loaded with medicines, clothing and needs for the handicapped and hundreds of orphans whose parents were killed during the last Israeli war on Gaza.

Habib invited journalists and media outlets to cover this important event and relay the real suffering of one and a half million Palestinians to the whole world.

Organizer of the convoy the European campaign to lift the siege is making concentrated efforts to send this magnificent convoy to Gaza in the context of its endeavors to break the Israeli siege on Gaza.

The European campaign said that the convoy would be composed of hundreds of trucks coming from different European cities to the Italian city of Milan and would be transported on a large cargo ship to the port of Alexandria in Egypt and then into Gaza.

Thursday, April 09, 2009

Kepungan Gaza patut ditarik balik.

Khamis, 09/04/2009 -Gerry Adams, pemimpin parti Sinn Fein dari Ireland meminta pengepungan ditarik balik di Semenanjung Gaza sambil merasa terkejut dengan penghapusan etnik di wilayah tersebut. Dalam sidang akhbar selepas lawatan di Ezbet Abed Rabbo, utara Gaza Adams menyatakan apa yang telah terjadi di Gaza adalah salah dan menambah rakyat Gaza berhak untuk hidup dalam aman.

Israel harus menyedari rakyat Gaza itu mempunyai hak, katanya. Adams meminta masyarakat dunia bertanggungjawab terhadap pengepungan dan kemusnahan di Gaza sambil menambah pengepungan itu patut ditarik balik dan semua lintasan dibuka untuk aliran bebas semua barangan dan perjalanan bagi penduduk Palestin yang sakit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Pihak keselamatan Palestin tahan ahli Hamas.

Khamis, 09/04/2009 - Pasukan Keselamatan Palestin telah menahan 3 ahli Hamas di utara Tebing Barat bandara Tulkarem, termasuk seorang yang baru dibebaskan pada hari Selasa dari penjara Israel.

Pusat Maklumat Palestin yang dibawah naungan Hamas berkata pihak keselamatan telah menahan Nidal Abu Tharifa pada Selasa malam selepas memecah masuk ke rumah beliau di kem pelarian Nour Shams. Ini merupakan kali kedua mereka menahan Abu Tharifa selepas berada dalam tahanan selama sebulan setengah. Begitu juga dengan Hazim AlNoury yang ditahan semula selepas ditahan selama 2 minggudan Hasan Sirouji yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara 26 bulan ditahan oleh mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Zionis terus mengyahudikan al-Quds.


Khamis, 09/04/2009 - Laporan hak asasi manusia menegaskan kempen Zionis untuk menyahudikan bandar al-Quds yang dijajah semakin meningkat pada bulan Mac lalu melalui operasi pembunuhan, peruntuhan rumah, rampasan tanah dan bangunan, serta pembinaan tembok besar yang memisah dan mengepung para penduduk.

Laporan yang dikeluarkan oleh ‘Kesatuan Penduduk bagi mempertahankan hak rakyat Palestin’ di al-Quds dengan kerjasama Pusat Demokrasi dan Hak Asasi Manusia al-Quds dan Pusat Kajian Tanah juga di al-Quds itu diterima oleh Pusat Media Palestin pada Rabu (8/4). Laporan itu menegaskan pihak berkuasa Zionis masih terus menceroboh hak asasi rakyat Palestin di bandar al-Quds yang dijajah.

Laporan tersebut dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama menyentuh isu-isu pencerobohan seperti perobohan rumah, percubaan menguasai bangunan, menutup tempat-tempat kediaman serta mengosongkannya, meruntuhkan menggunakan jentolak, merampas tanah dan sebagainya. Manakala bahagian kedua pula menyentuh tentang pencerobohan seperti sekatan jalanraya, kepungan, serbuan, tangkapan, penahanan semberono dan gangguan terhadap hak untuk hidup aman.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Yayasan al Aqsa: Israel curi batu al Aqsa dan letak di Knesset.

Rabu, 08/04/2009 - Yayasan al Aqsa menyatakan bahawa pihak Zionis-Israel telah mencuri batu masjid al-Aqsa dan di letakkan di Knesset. Terdapat bukti fotografi yang membenarkan kejadian itu. Selain itu, batu-batu yang dicuri telah di bawa ke tempat lain yang tidak diketahui. Seorang pemimpin Harakah Islamiyah, Syaikh Kamal al Khatib mengatakan, jelas sekali Zionis-Israel merupakan pencuri bahan sejarah, perosak geografi dan memutarbelit sejarah. Namun tidak mengejutkan kerana memang Zionis-Israel adalah “pakar” dalam kerja-kerja jijik itu.

Zionis-Israel telah mencuri khazanah Islam dan Arab. Hingga ini, mereka masih belum dapat membuktikan terdapatnya kuil yang mereka war-warkan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Wednesday, April 08, 2009

Abbas bakal menghantar dua pembantunya ke Gaza, Hamas mengalu-alukan langkah itu.

Selasa, 07/04/2009 - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyuruh dua orang pegawai Fateh untuk melawat Semenanjung Gaza bertujuan untuk melihat kemusnahan disebabkan oleh serangan Israel , dan untuk mengadakan perbincangan dengan pihak lain, termasuk Hamas. Pergerakan Hamas mengalu-alukan keputusan Abbas itu.

Dua pegawai Fateh yang bekal ke Gaza adalah Marwan Abdul-Hamid, penasihat Abbas dalam pembangunan prasarana dan Abdullah Al Efranji, bertanggungjawab dalam hubungan Luar Fateh.

Al Efranji menyatakan yang lawatan ini bertujuan untuk mendengar pendapat ke semua pihak di Semenanjung Gaza, dan untuk melihat sendiri kemusnahan disebabkan oleh serangan Israel , termasuk menilai kesan serangan terhadap institusi Fateh, kemudahan pendidikan dan pelbagai institusi lain di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Terkini : Bekalan ubat di Gaza kian meruncing.

Selasa, 07/04/2009 - Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza mengumumkan pada Isnin lalu , sebanyak 61 jenis ubat-ubatan dan 69 jenis peralatan perubatan telah kehabisan stok di dalam gudang.

Pihak kementerian dalam satu kenyataan berkata bahawa pengepungan Israel yang bersifat menindas di Semenanjung Gaza telah membawa kepada pengurangan banyak jenis ubat-ubatan dan peralatan perubatan.

Ia mengingatkan kekurangan ubat-ubatan yang berterusan hasil dari penutupan lintasan dan larangan kemasukan bekalan baru bagi ubat boleh mengundang bahaya nyawa mereka yang menetap di Unit Rawatan Rapi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx

Ridwan: Tidak timbul isu iktiraf Zionis.

Selasa, 07/04/2009 - Dr Ismail Ridwan, seorang pimpinan HAMAS menegaskan mana-mana cadangan yang tidak menjaga perkara-perkara teras nasional yang tulen, atau menuntut komitmen terhadap syarat-syarat kuartet, atau mengiktiraf kedaulatan regim Zionis di atas bumi Palestin, tidak akan dilayan sama sekali.

Beliau menegaskan dalam satu kenyataan bertulis yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada petang semalam, Isnin (6/4) langsung tidak berbangkit dalam perancangan HAMAS pembentukan mana-mana kerajaan yang mempunyai agenda untuk memberikan komitmen kepada syarat-syarat ditetapkan kuartet, atau mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat di atas bumi Palestin.

Ridwan menegaskan pusingan ketiga dialog yang dijalankan tidak mempunyai semangat persepakatan dari pihak Fatah, sedangkan dalam masa yang sama HAMAS amat serius untuk mencapai kata sepakat dalam perkara-perkara yang dipersetujui bersama bagi mencapai matlamat untuk merealisasikan kesatuan nasional sebenar, memelihara perkara-perkara teras nasional tulen dan memberikan perlindungan kepada pihak pejuang.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Internasionalisasi agenda kerajaan Palestin halang capai persetujuan putus.

Isnin, 06/04/2009 - Ali Barakat, timbalan wakil HAMAS di Syria menegaskan apa yang dinamakan sebagai tindakan menginternasionalisasi beberapa agenda politik dalam kerajaan Palestin akan datang merupakan halangan utama untuk mencapai persepakatan nasional dalam rundingan di Kaherah. Walau bagaimanapun, beliau juga menjelaskan HAMAS dan Fatah telah mencapai persetujuan untuk memulakan semula dialog nasional pada 26 April ini di ibunegara Mesir, Kaherah.

Beliau berkata dalam satu kenyataan khas kepada Pusat Media Palestin pada Ahad (5/4), “isu internasionalisasi dan yang seumpamanya, antaranya tekanan Fatah agar kerajaan Palestin yang akan ditubuhkan memberikan komitmen kepada syarat-syarat jawatankuasa kuartet, merupakan halangan utama yang membantutkan perdamaian dan persepakatan putus dicapai.”

Beliau juga menegaskan keperluan untuk mencari jalan keluar dari sudut politik terhadap semua isu yang tergantung, terutamanya agenda kerajaan kesatuan nasional yang akan ditubuhkan. Beliau berkata, “mesti ada jalan keluar yang disepakati sekitar isu agenda kerajaan dan pembentukan terma rujukan tertinggi bagi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), begitu juga bagi rakyat Palestin. Persetujuan juga hendaklah dicapai tentang mekanisme pembentukan semula pasukan keamanan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza berdasarkan profesionalisme dan semangat nasionalisme. Begitu juga, persetujuan hendaklah dicapai berkenaan dengan undang-undang dan peraturan pilihanraya Dewan Perundangan Palestin.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Saturday, April 04, 2009

Pejuang Palestin berjaya membunuh rejim Zonis di Bethlehem.

Jumaat, 03/04/2009 - Radio Israel menyiarkan seorang Zionis-Israel mati dan beberapa yang lain cedera apabila pejuang Palestin melakukan serangan. Kejadian berlaku di selatan Bethlehem. Polis Israel terus ke tempat kejadian dan melakukan siasatan. Sehingga kini belum ada yang mengaku melakukan serangan tersebut.sumber :

http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Kerajaan Haneyya hargai peranan Mesir dan tuntut agar tidak tunduk kepada tekanan luar.

Jumaat, 03/04/2009 - Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Ismail Haneyya menyatakan penghargaannya terhadap peranan Mesir yang menaungi dialog nasional Palestin dan menyeru semua pihak yang berdialog untuk meneguhkan pendirian Palestin, memelihara prinsip-prinsip nasional dan menolak tekanan-tekanan luar, terutamanya syarat-syarat zalim yang diletakkan oleh jawatankuasa empat pihak (Amerika, Kesatuan Eropah, Russia dan Cina).

Jurucakap rasmi kerajaan Palestin, Tahir al-Nunu berkata dalam kenyataan akhbar pada Khamis (4/2) yang diterima oleh Pusat Media Palestin, “kami menganggap mana-mana seruan untuk membuat pengguguran terhadap mana-mana kepentingan politik dengan slogan ‘realiti’ atau lainnya, sedangkan pihak zionis sentiasa tidak menghiraukan hak-hak rakyat kita, bahkan tidak menghiraukan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh PLO, adalah satu tindakan sia-sia dan memusnahkan kepentingan rakyat kita dan isu nasionalnya, serta membuka peluang kepada penguasaan Zionis-Amerika di rantau ini.

Kenyataan kerajaan Palestin ini dikeluarkan selepas kegagalan pusingan rundingan yang berlangsung sekarang di Kaherah yang sepatutnya mencapai persetujuan yang boleh menamatkan perpecahan di kalangan pejuang Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Friday, April 03, 2009

Palestin mesti kaji semula perbincangan dengan zionis.

Khamis, 02/04/2009 - Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Ismail Haneyya menganggap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Zionis, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luarnya, Lieberman mengenai ketidak sungguhan mereka untuk mengadakan perjanjian damai kekal dengan Palestin dan keinginan mereka untuk membatalkan perjanjian-perjanjian lalu dengan pihak berkuasa Palestin serta keengganan mereka untuk memberikan komitmen kepada resolusi-resolusi sidang Annapolis, merupakan suatu perkara yang sepatutnya menjadi pertimbangan pihak pimpinan kerajaan Palestin yang terlibat dalam perbincangan untuk mengkaji semula pendirian mereka.

Yusuf Rizqah, penasihat Perdana Menteri berkata dalam satu kenyataan khas yang dikeluarkan kepada Pusat Media Palestin pada Rabu (1/4), “kami suka untuk memberikan peringatan tentang keperibadian dan ideologi melampau yang dianuti Lieberman. Beliau amat fanatik dengan fanatik yang tidak sihat serta menafikan hak orang lain dan berusaha untuk memusnahkan rakyat Palestin serta menafikan hak mereka sepenuhnya.

Dunia hari ini juga telah mendengar bahawa dia hanya mengiktiraf pelan ‘jalan damai’ dengan menolak segala pelan-pelan damai yang lain sebelum ini.” Perkara ini sepatutnya menuntut pimpinan Palestin yang terlibat dalam perbincangan agar mereka mengkaji semula pendirian mereka serta mengambil langkah perlu bagi mengelakkan daripada terlibat dalam apa yang dinamakan sebagai perbincangan yang sia-sia dan tidak mendatangkan apa-apa faedah dengan pihak zionis.

Beliau turut menjelaskan adalah amat ketara bahawa kenyataan-kenyataan Lieberman dibuat dengan rasa bongkak dengan menyifatkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Olmert semasa berbincang dengan Arab dalam pelbagai isu sebagai mainan dan sia-sia sahaja.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Israel menahan trak yang membawa senjata ke Tebing Barat.

Khamis, 02/04/2009 - Sumber Israel melaporkan pengawai kastam di terminal sempadan Arava antara Jordan dan Tebing Barat telah menahan sebuah trak yang membawa senjata api ke Tebing Barat.

Trak tersebut sampai di sempadan tersebut tiga minggu lepas dan ditahan selepas disyaki walaupun pemeriksaan awal tidak menemui sebarang bahan senjata api.

Selepas dibantu pengawai bomba yang menggergaji badan trak tersebut dan berjaya menjumpai segala macam senjata api. Israel sedangg menyiasat dengan lebih lanjut mengenai penghantaran senjata ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Thursday, April 02, 2009

New York mula kempen boikot Motorola.

Khamis, 02/04/2009 - Lebih 50 orang penduduk New York telah berdemonstrasi di hadapan bangunan Motorola di Brooklyn mengecam sokongan Motorola terhadap keganasan Israel di Palestin. Protes ini adalah di adakan seiring dengan Hari Tanah Dunia dan merupakan sebahagian daripada kempen Boikot Global Terhadap Israel yang akan menyaksikan 40 acara di seluruh Eropah, US dan dunia.

Motorola Israel telah bertanggungjawab membuat fuis yang digunakan dalam bom berangkai, bom pemusnah perlindungan bawah tanah dan bermacam-macam bom lagi serta alat telekomunikasi canggih yang digunakan oleh tentera Israel yang dikatakan paling selamat. Orang ramai menjerit dan melaungkan “Motorola Apartheid”,” “Jangan Beli Produk Israel”, dan “Selamat Tinggal Israel”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Setiausaha Fatah terlibat bunuh anggota Fatah.

Rabu, 01/04/2009 - Sumber Fatah di Lubnan menyatakan Setiausaha Agung Fatah, Sultan Abu Al-Ainain terlibat dalam pembunuhan pimpinan Fatah, Kamal Madhat. Abu Al-Ainain turut bekerjasama dengan Muhammad Dahlan dalam menjaya konspirasi ini. Seorang wakil PLO di Lubnan menyatakan pembunuhan sesama ahli Fatah telah bermula. Kamal Madhat mati akibat di bom.

Kedua-dua kem dalam Fatah sekarang ini berada dalam keadaan berjaga-jaga. Ini kerana dijangkakan serang balas akan berlaku. Konflik antara dua kem ini menjadi semakin tegang.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]