Thursday, April 09, 2009

Zionis terus mengyahudikan al-Quds.


Khamis, 09/04/2009 - Laporan hak asasi manusia menegaskan kempen Zionis untuk menyahudikan bandar al-Quds yang dijajah semakin meningkat pada bulan Mac lalu melalui operasi pembunuhan, peruntuhan rumah, rampasan tanah dan bangunan, serta pembinaan tembok besar yang memisah dan mengepung para penduduk.

Laporan yang dikeluarkan oleh ‘Kesatuan Penduduk bagi mempertahankan hak rakyat Palestin’ di al-Quds dengan kerjasama Pusat Demokrasi dan Hak Asasi Manusia al-Quds dan Pusat Kajian Tanah juga di al-Quds itu diterima oleh Pusat Media Palestin pada Rabu (8/4). Laporan itu menegaskan pihak berkuasa Zionis masih terus menceroboh hak asasi rakyat Palestin di bandar al-Quds yang dijajah.

Laporan tersebut dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama menyentuh isu-isu pencerobohan seperti perobohan rumah, percubaan menguasai bangunan, menutup tempat-tempat kediaman serta mengosongkannya, meruntuhkan menggunakan jentolak, merampas tanah dan sebagainya. Manakala bahagian kedua pula menyentuh tentang pencerobohan seperti sekatan jalanraya, kepungan, serbuan, tangkapan, penahanan semberono dan gangguan terhadap hak untuk hidup aman.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]