Thursday, April 23, 2009

Mesh’al seru tinggalkan ego, tolak campurtangan luar.

Selasa, 21/04/2009 - Khalid Mesh’al, Ketua Biro Politik HAMAS menegaskan gerakannya tidak akan membenarkan dialog Palestin ditukar menjadi acara ‘merebus batu’ dan menyeru agar keegoan dan penerimaan campurtangan luar ditinggalkan sama sekali. Beliau juga mengatakan pihak pejuang Palestin mampu menjayakan perjanjian pertukaran tawanan dengan syarat-syarat yang ditentukan pihak pejuang sendiri.

Beliau berkata ketika menyampaikan ucapan bagi merasmikan pameran gambar sempena program ‘Hari Tawanan Palestin’ di perkhemahan al-Yarmouk di Damsyik, pada hari Isnin (20/4): “Perdamaian Palestin tertangguh dan terlewat. Ia menjadi mangsa campurtangan luar. Kita tidak akan membenarkan campurtangan luar menyebabkan gangguan kepada kepentingan Palestin. Semua pihak Palestin yang berkenaan, janganlah merasa mereka kuat dengan sebab campurtangan luar tersebut dan menganggapnya sebagai faktor utama dalam menentukan proses perdamaian.”

Seterusnya beliau berkata: “HAMAS dan sekutunya berusaha bagi menjayakan perdamaian Palestin semenjak ia bermula dahulu lagi. Kita masih meneruskan siri-siri dialog dengan mempermudahkan segala halangan demi menjayakannya dan mencapai perdamaian Palestin yang sejati.” Beliau juga menambah: “Tetapi pada hari ini telah terbukti dengan jelas bahawa faktor utama yang menjejaskan proses perdamaian tersebut ialah campurtangan luar. Oleh itu, kami mengutuk keras campurtangan luar Zionis Amerika tersebut, juga campurtangan kuartet dan percubaan mereka memaksakan syarat-syarat mereka terhadap proses perdamaian Palestin.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]