Monday, April 13, 2009

Matlamat HAMAS hapus penjajahan, jaga keselamatan Mesir.

Isnin, 13/04/2009 -HAMAS menafikan wujud ketegangan dalam hubungannya dengan Kaherah akibat apa yang dinamakan sebagai ‘sel Hizbullah’ di Mesir, sambil menegaskan HAMAS tidak pernah sama sekali menjadi anasir yang memudaratkan keamanan nasional Mesir.

Wakil HAMAS di Lubnan, Usamah Hamdan menjelaskan dalam kenyataannya kepada agensi Quds Press pada hari Ahad (12/3) bahawa HAMAS adalah sebuah gerakan perjuangan yang bermatlamat menghapuskan penjajah dan memerdekakan Palestin. Bagi Hamas, menjaga keamanan Mesir adalah sebahagian daripada tugasnya yang paling penting.

Beliau juga mengatakan HAMAS telah dan akan sentiasa menjaga keamanan dan kestabilan Mesir. Satu-satunya pihak yang mahu menjejaskan keamanan Mesir ialah penjajah Zionis. Semua orang termasuk saudara-saudara kita di Mesir tahu bahawa Zionislah yang selalu memudaratkan keamanan nasional Mesir. Ini telah dinyatakan dengan jelas berserta dengan bukti kukuh oleh al-Syahid Sa’id Siyam rahimahullah melalui pengakuan beberapa pihak yang menjadi tali barut musuh dan mempunyai hubungan dengan pihak keselamatan simpanan dalam peristiwa pengeboman yang berlaku di Sinai.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]