Thursday, April 09, 2009

Kepungan Gaza patut ditarik balik.

Khamis, 09/04/2009 -Gerry Adams, pemimpin parti Sinn Fein dari Ireland meminta pengepungan ditarik balik di Semenanjung Gaza sambil merasa terkejut dengan penghapusan etnik di wilayah tersebut. Dalam sidang akhbar selepas lawatan di Ezbet Abed Rabbo, utara Gaza Adams menyatakan apa yang telah terjadi di Gaza adalah salah dan menambah rakyat Gaza berhak untuk hidup dalam aman.

Israel harus menyedari rakyat Gaza itu mempunyai hak, katanya. Adams meminta masyarakat dunia bertanggungjawab terhadap pengepungan dan kemusnahan di Gaza sambil menambah pengepungan itu patut ditarik balik dan semua lintasan dibuka untuk aliran bebas semua barangan dan perjalanan bagi penduduk Palestin yang sakit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]