Isnin, 20/04/2009 - Jurucakap HAMAS, Fawzi Barhoum menolak tuduhan yang dibuat oleh Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia terhadap pasukan keselamatan di Semenanjung Gaza bahawa pasukan keselamatan telah melakukan jenayah pembunuhan di luar batasan keadilan dan penghakiman semasa serangan Zionis terhadap Gaza baru-baru ini.
Barhoum menyifatkan laporan badan tersebut sebagai tidak tepat, tanpa usul periksa, tidak lengkap dan menyentuh polisi HAMAS di Semenanjung Gaza, sambil menegaskan bahawa melanggar undang-undang, melakukan pembunuhan atau menceroboh kebebasan serta hak asasi manusia bukanlah polisi HAMAS.
Jurucakap HAMAS itu menjelaskan bagi pihak HAMAS dalam satu kenyataan khas yang dikeluarkan pada hari Isnin (20/4) kepada Pusat Media Palestin bahawa laporan tersebut tidak mengambil kira pihak sebenar yang bertanggungjawab terhadap keadaan kucar kacir dan kekacauan yang berlaku semasa serangan Zionis terhadap Gaza. Pada masa itu, beberapa orang pimpinan pasukan keselamatan di Gaza telah dibunuh dan beberapa premis milik kerajaan dan kementerian dalam negeri telah dibom dan dimusnahkan.
Jenayah ini menjadi bertambah serius apabila penjara pusat Gaza pula dibom. Ia menempatkan ramai tahanan atas kesalahan jenayah keselamatan yang ditahan pihak polis kerana jenayah yang mereka lakukan atau kerana mereka menjadi tali barut kepada pihak musuh. Sesetengahnya pula ada yang sedang menjalani hukuman penjara yang dikenakan terhadap mereka dan ada juga yang sedang menunggu tarikh perbicaraan.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
No comments:
Post a Comment