Thursday, April 09, 2009

Pihak keselamatan Palestin tahan ahli Hamas.

Khamis, 09/04/2009 - Pasukan Keselamatan Palestin telah menahan 3 ahli Hamas di utara Tebing Barat bandara Tulkarem, termasuk seorang yang baru dibebaskan pada hari Selasa dari penjara Israel.

Pusat Maklumat Palestin yang dibawah naungan Hamas berkata pihak keselamatan telah menahan Nidal Abu Tharifa pada Selasa malam selepas memecah masuk ke rumah beliau di kem pelarian Nour Shams. Ini merupakan kali kedua mereka menahan Abu Tharifa selepas berada dalam tahanan selama sebulan setengah. Begitu juga dengan Hazim AlNoury yang ditahan semula selepas ditahan selama 2 minggudan Hasan Sirouji yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara 26 bulan ditahan oleh mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]