Thursday, April 23, 2009

Hamas: Pasukan keselamatan Fatah tahan 10 penyokong Hamas.

Selasa, 21/04/2009 - Hamas di Tebing Barat mengatakan bahawa pasukan keselamatan yang setia kepada Fatah telah menahan 10 penyokong Hamas di utara Tebing Barat bandar Tulkarem, termasuk 8 daripada mereka yang pernah ditahan di Israel.

Ini merupakan hari ketiga operasi penahanan ini berterusan. Mereka yang ditahan adalah Amjad Awad, bekas tahanan dari Tulkarem, Kamal Masharfa, bekas tahanan dari kem pelarian Nour Shams, Ahmad Abu Asem, bekas tahanan dari Tulkarem, Mohammad Yousef Khader, bekas tahanan dari Bal’a sebuah bandar timur Tulkarem, Aseed Naji Sabha, dari bandar Anabta yang dipenjarakan selama 12 tahun oleh Israel, Fawzi Saqallah dari Tulkarem, and Yousef Fouda dari kem pelarian Nour Shams.

juara786: Hamas mengecam operasi penahanan ini yang langsung tidak menghormati segala usaha penyatuan kumpulan-kumpulan di Palestin

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]