Wednesday, April 08, 2009

Terkini : Bekalan ubat di Gaza kian meruncing.

Selasa, 07/04/2009 - Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza mengumumkan pada Isnin lalu , sebanyak 61 jenis ubat-ubatan dan 69 jenis peralatan perubatan telah kehabisan stok di dalam gudang.

Pihak kementerian dalam satu kenyataan berkata bahawa pengepungan Israel yang bersifat menindas di Semenanjung Gaza telah membawa kepada pengurangan banyak jenis ubat-ubatan dan peralatan perubatan.

Ia mengingatkan kekurangan ubat-ubatan yang berterusan hasil dari penutupan lintasan dan larangan kemasukan bekalan baru bagi ubat boleh mengundang bahaya nyawa mereka yang menetap di Unit Rawatan Rapi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]