Wednesday, April 08, 2009

Ridwan: Tidak timbul isu iktiraf Zionis.

Selasa, 07/04/2009 - Dr Ismail Ridwan, seorang pimpinan HAMAS menegaskan mana-mana cadangan yang tidak menjaga perkara-perkara teras nasional yang tulen, atau menuntut komitmen terhadap syarat-syarat kuartet, atau mengiktiraf kedaulatan regim Zionis di atas bumi Palestin, tidak akan dilayan sama sekali.

Beliau menegaskan dalam satu kenyataan bertulis yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada petang semalam, Isnin (6/4) langsung tidak berbangkit dalam perancangan HAMAS pembentukan mana-mana kerajaan yang mempunyai agenda untuk memberikan komitmen kepada syarat-syarat ditetapkan kuartet, atau mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat di atas bumi Palestin.

Ridwan menegaskan pusingan ketiga dialog yang dijalankan tidak mempunyai semangat persepakatan dari pihak Fatah, sedangkan dalam masa yang sama HAMAS amat serius untuk mencapai kata sepakat dalam perkara-perkara yang dipersetujui bersama bagi mencapai matlamat untuk merealisasikan kesatuan nasional sebenar, memelihara perkara-perkara teras nasional tulen dan memberikan perlindungan kepada pihak pejuang.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]