Jumaat, 06/02/2009 - ‘Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa’ dalam satu kenyataan pada pagi Khamis 2/5/2009 mendedahkan bahawa pihak berkuasa muzium Zionis membiayai dan merestui sebuah persatuan penempatan Zionis (Il’ad) menggali terowong baru yang terletak di sebelah kiri masjid ‘Ain Salwan, Kampung Salwan di al-Quds, yang terletak di sebelah selatan Masjid al-Aqsa.
Penggalian terowong ini bertujuan untuk menyambungnya dengan rangkaian terowong-terowong yang telah digali di Kampung Salwan sepanjang ratusan meter sehingga sampai ke bahagian bawah Masjid al-Aqsa pada bahagian Barat Laut. Penggalian terowong yang dijalankan akhir-akhir ini juga mengancam keselamatan masjid tersebut dan juga rumah-rumah berhampiran.
Yayasan itu juga berkata dalam kenyatannya, “proses penggalian rangkaian terowong yang panjang terus dilakukan yang sesetengahnya bermula dari kawasan Ain Salwan, menghala ke arah Masjid al-Aqsa.” Beberapa hari lalu, yayasan ini telah menjalankan beberapa siri rondaan bagi kawasan masjid Ain Salwan. Dalam rondaan tersebut, didapati apa yang dinamakan sebagai “Pihak Berkuasa Muzium Zionis” melakukan penggalian terowong baru.
Rancangan itu dilaksana dan dibiayai oleh satu badan penempatan Zionis yang bernama Il’ad. Satu bahagian daripada terowong itu berjaya ditemui yang digali dari bahagian kiri masjid Ain Salwan dan bersetentang dengan jalan. Sehingga kini, 6-8 meter telah digali. Terowong itu lebarnya lebih kurang 5 meter dan tingginya mencapai ketinggian 4 meter. Pada tempat penggalian baru itu juga ditemui beberapa tangga, dinding besar, bekas-bekas tembikar, tulang dan matawang lama.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
No comments:
Post a Comment