Rabu, 11/02/2009 - Bekalan air di utara Gaza telah musnah apabila diserang oleh pesawat Zionis Israel. Kerosakan itu menyebabkan 10 000 rakyat Palestin terputus bekalan air. Pihak berkuasa telah dengan pantas menghantar pekerja bagi membaiki kerosakan akibat serangan itu. Kerosakan itu turus menyebabkan banyak projek tergendala.
Sementara itu, Hamas menegaskan setiap serangan Zionis Israel wajib dibalas dan sebarang perjanjian dengan ZIonis Israel mestilah dihentikan. Zionis Israel menganggap semua rakyat Palestin adalah musuh.
Dalam kejadian lain, seorang remaja Salah Afanah telah di tembak mati oleh Zionis Israel. Kejadian berlaku di kawasan Ramallah. Kejadian berlaku apabila Salah dikatakan cuba melarikan diri ketika ditahan oleh ZIonis Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif
No comments:
Post a Comment