Friday, February 27, 2009

HAMAS dan Fatah capai persetujuan.

Khamis , 26/02/2009 - HAMAS dan Fatah mengumumkan persetujuan persefahaman telah dicapai mengenai dialog keamanan nasional yang akan menamatkan secara menyeluruh semua serangan media yang berlaku di antara kedua-dua belah pihak. Ia juga akan memberhentikan tangkapan politik dan berjanji untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada pembebasan keseluruhan tahanan.

Perkara ini dinyatakan semasa sidang akhbar yang diadakan petang semalam, Rabu (24/2) oleh kedua-dua pimpinan HAMAS yang diwakili oleh Mahmud al-Zahhar dan Fatah yang diwakili oleh Azzam al-Ahmad, setelah selesai dialog nasional Palestin di antara kedua-dua gerakan tersebut di Kaherah di bawah tajaan Mesir. Kedua-dua pihak juga bersetuju membentuk dua buah jawatankuasa, satu di Tebing Barat dan satu lagi di Gaza bagi membincangkan isu berkaitan orang-orang tahanan.

Suasana positif menguasai pertemuan-pertemuan perdamaian yang diadakan di Kaherah sebelum pertemuan perdamaian nasional dengan kesemua kumpulan pejuang Palestin pada hari esok, Khamis (25/2). Kedua-dua gerakan saling berjanji untuk membebaskan tahanan politik di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dan memberhentikan tuduh-menuduh melalui media bagi menunjukkan niat baik mereka terhadap persetujuan yang dicapai.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]