Jumaat , 13/02/2009 - Pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas telah menyatakan kesediaannya untuk mengadakan rundingan damai dengan mana-mana kerajaan Israel hasil dari pilihan raya yang diadakan. Kenyataan Abbas itu diadakan ketikamana darah kanak-kanak Palestin dan orang awam yang tidak berdosa masih mengalir hasil dari mesin perang Israel yang masih kelihatan di jalanan Semenanjung Gaza.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dilakukan di Warsaw Isnin lalu, Abbas berkata, “Saya tidak tahu siapa akan menang dalam pilihan raya di Israel, tetapi kita akan bekerjasama dengan mana-mana kerajaan Israel yang dihasilkan dari pilihan raya tersebut berdasarkan perjanjian-perjanjian dua hala dan resolusi-resolusi antarabangsa yang dikeluarkan sehingga kini”.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul
No comments:
Post a Comment