Thursday, February 05, 2009

Al-Bardawil: Jawatankuasa undang-undang dan kumpulan pejuang bagi menyelesaikan isu tahanan politik dibentuk sebelum dialog.

Rabu, 04/02/2008 - Dr Solah al-Bardawil, seorang ahli parlimen dan anggota HAMAS menegaskan di Kaherah bahawa perbincangan masih berlangsung dengan para pegawai Mesir tentang persetujuan melaksanakan ‘tempoh bertenang’ dan gencatan senjata. Beliau turut menegaskan persetujuan juga telah dicapai untuk membentuk beberapa jawatankuasa yang akan menyelia pembukaan pintu sempadan Rafah.

Beliau berkata dalam satu kenyataan khas kepada “Pusat Informasi Palestin” pada hari Selasa (2/3), “setelah memantau perbincangan-perbincangan yang berlangsung di Kaherah sejak tiga minggu lalu di antara delegasi HAMAS dan pihak perisikan Mesir yang diketuai oleh General Omar Sulaiman, dan tentang cara-cara yang perlu bagi membuka kepungan terhadap rakyat Palestin melalui cadangan dikemukakan Mesir melalui inisiatifnya, maka pada hari ini (Selasa, 2/3) delegasi HAMAS telah bertemu dengan Menteri Mesir, Omar Sulaiman. Beliau telah mendengar pandangan HAMAS berhubung ‘tempoh bertenang’, mengangkat sekatan dan kepungan serta membuka semula sempadan Rafah.

Sebagaimana delegasi HAMAS turut mendengar cadangan dikemukakan Mesir berhubung mengadakan dialog kebangsaan Palestin serta isu pembangunan semula Gaza.” Al-Bardawil juga mengatakan bahawa pembentukan beberapa jawatankuasa khusus bagi pembangunan semula Gaza telah dipersetujui, sambil menegaskan bahawa isu membangunkan semula Gaza dan penyaluran bantuan kemanusiaan hendaklah dipisahkan sama sekali daripada isu-isu lain yang menjadi pertikaian dalaman seperti isu mewujudkan ‘tempoh bertenang’ dengan musuh Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]