Friday, February 06, 2009

Nasr : Perbincangan Kaherah buntu kerana kedegilan Zionis.

Khamis, 05/02/2009 - Muhammad Nasr, anggota Biro Politik HAMAS menegaskan usaha-usaha ke arah penyelesaian yang sedang dilaksanakan di Kaherah sentiasa menemui jalan buntu kerana kedegilan Zionis dan percubaan regim tersebut untuk memaksakan syarat-syaratnya berhubung perjanjian gencatan senjata. Beliau juga menimbulkan adalah suatu yang tidak logik jika Gaza terus dikepung dan dalam masa yang sama rakyat Palestin dihalang daripada mentadbir dan mengurus negara mereka sendiri.

Nasr berkata dalam satu kenyataan akhbar petang semalam (Rabu 4/2), “dalam tempoh beberapa jam ini dan sepanjang usaha yang dilakukan semenjak dua hari lalu, kami selalu bertembung dengan kedegilan Zionis yang sentiasa cuba memaksakan syarat-syaratnya terhadap rakyat Palestin sebelum ditandatangani perjanjian mewujudkan ‘suasana bertenang’ atau gencatan senjata.”

Beliau seterusnya menambah, “walau bagaimanapun sehingga kini, kami tetap meneruskan usaha kerana kami sentiasa mendengar kehendak rakyat kami dan apa yang kami lakukan adalah demi kepentingan semua. Kami amat memahami dan merasai penderitaan yang terhasil daripada serangan zalim terhadap rakyat kami semasa serangan Zionis baru-baru ini terhadap Gaza.

Oleh itu, kami sedang berusaha untuk menjayakan ‘suasana bertenang’ atau gencatan senjata agar penderitaan terhadap rakyat kami dapat dikurangkan. Tetapi pelaksanaan ‘suasana bertenang’ atau gencatan senjata ini hendaklah berjaya menamatkan sekatan dan kepungan terhadap Gaza dan pembukaan semula pintu sempadan bagi memudahkan perjalanan rakyat Palestin.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]