Thursday, February 19, 2009

Al-Zahhar: Palestin perlukan Mesir seperti manusia perlukan air dan udara.

Rabu, 18/02/2009 - Dr Mahmud al-Zahhar, seorang pemimpin HAMAS berkata keperluan rakyat Palestin kepada Mesir sama seperti keperluan manusia kepada air dan udara, sambil menegaskan dari sudut geografi dan sejarah, rakyat kedua-dua negara adalah satu dan sempadan tidak pernah ditutup sebelum itu.

Beliau menjelaskan -dalam satu temuramah khas dengan Saluran 1 Telivisyen Mesir yang dihoskan oleh Abdul Latif al-Manawi, ketua sektor berita- bahawa rakyat Palestin memohon agar negara-negara Arab terutama Mesir sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka dalam menghadapi penjajahan Zionis yang zalim.

Beliau juga berkata sebanyak mana pun bantuan yang dihulurkan kepada rakyat Palestin, mereka masih lagi memerlukan bantuan terutamanya dalam suasana kini, khususnya bantuan dari Mesir, bukan hanya kerana Mesir dekat dengan Palestin dari sudut geografinya, tetapi juga kerana hubungan sejarah yang telah menyatukan rakyat kedua-dua negara dan keadaan sempadannya yang tidak pernah ditutup sebelum ini.

Ketika semenanjung Gaza berada di bawah pentadbiran Mesir, warga Palestin hanya diminta menulis sekeping kertas dalam masa setengah jam yang membolehkannya untuk masuk ke Mesir, belajar di sana dan mengambil keperluannya dan kemudian kembali semula ke Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]