Tuesday, February 24, 2009

Seorang rakyat Palestin mati, 6 cedera dan dua orang lagi hilang di terowong di selatan Rafah.

Isnin , 23/02/2009 - Sumber Palestin daripada semenanjung Gaza melaporkan Sabtu lalu seorang penduduk terbunuh sementara enam orang lagi cedera apabila terhidu gas yang dilaporkan ditembak oleh polis penjaga sempadan Mesir ke dalam terowong di sempadan Gaza-Mesir di Rafah, di bahagian selatan semenanjung Gaza.

Maan News melaporkan bahawa beberapa orang saksi berkata pasukan berkuasa Mesir menembak bom gas ke dalam terowong di daerah al-Salaam, menyebabkan seorang penduduk mati akibat sesak nafas, sementara enam orang lagi cedera dan dirawat dengan bantuan pernafasan.

Tambah saksi itu lagi, dua orang penduduk masih lagi di dalam terowong dan usaha mencari mereka sedang berlanjutan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : fakhrul77

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]