Tuesday, February 17, 2009

Olmert akan terus menghukum 1.5 juta rakyat Palestin sehingga Shalit dibebaskan.

Selasa , 17/02/2009 - Dalam satu pencabulan secara terang-terangan ke atas hak asasi manusia antarabangsa dan Konvensyen Geneva Keempat, yang mengharamkan hukuman secara kolektif ke atas seseorang penduduk, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menyatakan yang beliau akan meneruskan hukuman ke atas keseluruhan penduduk Semenanjung Gaza sehingga Gilad Shalit, iaitu salah seorang askar Israel yang ditangkap oleh pejuang Palestin pada 2006, dilepaskan.

Di dalam satu kenyataan Olmert kepada pihak akhbar Sabtu lalu, beliau berkata, “Kita tidak akan membuka lintasan tanpa pembebasan Shalit. Mana-mana kenyataan lain adalah tidak relevan.” Kenyataan tersebut memastikan kesinambungan pada pengepungan Israel ke atas Gaza, yang pada asasnya mengepung keseluruhan tebusan, mencegah mereka dari keluar, dan membekukan semua aktiviti ekonomi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]