Rabu, 18/02/2009 - Ra’fat Nassif, anggota kepimpinan politik Hamas telah menafikan laporan akhbar yang mendakwa pihak berkuasa PA di Ramallah telah membebaskan tahanan di penjara Tebing Barat bagi mewujudkan gabungan dengan Pergerakan Hamas.
Nassif, dalam satu kenyataan pada hari Selasa lalu berkata pihak keselamatan PA tetap patuh dengan arahan bekas Presiden PA, Mahmoud Abbas agar tidak membebaskan mana-mana tahanan politik sebaliknya menghimpunkan lebih banyak tahanan sejak dua hari lepas.
Beliau berkata pihak keselamatan mereka telah menahan sepuluh penyokong Hamas dan menyaman yang lain manakala bentuk penyeksaan baru telah dilaporkan bagi beberapa premis keselamatan mereka.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79
No comments:
Post a Comment