Selasa , 17/02/2009 - Gerakan pejuang Hamas, menegaskan, pihaknya tidak pernah menghalang kesepakatan berkaitan gencatan senjata mahupun pembebasan tahanan tentera, Gilad Shalit. Namun begitu Hamas menegaskan bahawa mereka tidak akan melepaskan sedikitpun haknya.
Seperti dijelaskan oleh perwakilan Hamas di Syria, Ali Barokah kepada Quds Press, Isnin (16/2), gencatan senjata dan pembebasan Shalit adalah dua perkara yang berbeza. Masing-masing mempunyai syarat dan konsekuen tersendiri. “Gerakan Hamas menegaskan, gencatan senjata harus ditukar dengan pembukaan semua pintu masuk dan menghentikan segala bentuk serangan.
Sementara itu pembebasan Shalit harus ditukar dengan pembebasan tawanan Palestin yang sudah diajukan kepada Israel. Tidak ada masalah bagi kami mengaitkan agenda masing-masing jika syarat- syarat keduanya dipenuhi, ungkap Ali Barokah.
sumber : COMES
penterjemah : osman
No comments:
Post a Comment