Selasa , 17/02/2009 - HAMAS menegaskan ia amat serius untuk menjayakan segala usaha dan inisiatif yang diambil demi mencapai persefahaman terhadap segala isu Palestin yang dikemukakan, terutamanya usaha Mesir untuk mencapai persetujuan gencatan senjata dengan regim Zionis, perjanjian pertukaran tawanan dan penyatuan kembali antara kumpulan-kumpulan pejuang Palestin.
Gerakan itu menjelaskan dalam satu kenyataan yang dibuat oleh seorang pimpinan politiknya, Ra’fat Nasif yang diterima oleh Pusat Media Palestin hari ini, Isnin (16/2), bahawa HAMAS serius untuk menjayakan inisiatif Mesir bagi mencapai persetujuan terhadap gencatan senjata dengan regim Zionis sambil menegaskan keperluan untuk mencapai juga persetujuan membatalkan sekatan dan membuka segala pintu masuk di sempadan, bagi memudahkan kemasukan pelbagai keperluan ke Gaza tanpa syarat.
HAMAS juga menegaskan keengganannya untuk mengaitkan isu gencatan senjata dengan mana-mana isu lain, seperti isu pertukaran tentera Zionis yang ditawan, Jil’ad Shalit. Ia berkata cubaan regim Zionis untuk mengaitkan kedua-dua isu itu menunjukkan regim itu tidak serius dalam usaha gencatan senjata, sekaligus ia adalah tindakan melumpuhkan usaha-usaha yang dijalankan Mesir dan percubaan untuk mengugut yang tidak akan berjaya. HAMAS juga menegaskan perjanjian gencatan senjata itu sebenarnya lebih diperlukan oleh regim Zionis lebih daripada pihak Palestin sendiri.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
No comments:
Post a Comment