Wednesday, February 11, 2009

Hamas: Pilihan raya Israel hasilkan tiga pemimpin ekstrim.

Rabu, 11/02/2009 - Gerakan Pejuang Islam (Hamas) menegaskan bahawa pilihan raya umum Israel berjaya dikuasai oleh parti “Kadima”, “Likud” dan “Yisrael Beitena” , yang ertinya Israel akan dipimpin tiga tokoh terroris ekstrim.

Fawzi Barhoum, jurucakap Gerakan Hamas dalam pernyataan akhbar semalam, Selasa (10/2) menegaskan bahawa hasil pilihan raya umum Israel menunjukkan masyarakat Israel memilih pemimpin mereka yang paling ekstrim dan paling mampu memprovokasi tindakan terroris dan perang terhadap rakyat Palestin. Barhoum menambah, kita sekarang berhadapan dengan tiga ketua terroris.

Livni ingin melanjutkan perangnya terhadap rakyat Palestin, Netanyahu mengumumkan bahawa tidak ada hubungan dengan Palestin dan tidak akan melakukan sebarang perjanjian dengan mereka. Manakala Lieberman ingin menghancurkan Mesir serta melemparkan rakyat Palestin ke laut, membunuh mereka dan mengusirnya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]