Selasa, 03/02/2009 - Para pegawai PBB mengumumkan badan dunia itu akan menjalankan siasatan berhubung serangan Zionis terhadap beberapa bangunan miliknya semasa serangan terhadap Gaza baru-baru ini. John Holmes, pegawai bertanggungjawab tentang hal ehwal kemanusiaan Bangsa-bangsa Bersatu berkata pada hari Isnin (2/2), badan dunia itu sedang menunggu keputusan penyiasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa Zionis tentang serangan terhadap gudang agensi bantuan bagi pelarian Palestin (UNWRA) dan sebuah sekolah miliknya. Namun beliau menegaskan PBB juga akan menjalankan siasatan sendiri terhadap kejadian tersebut.
Beliau menambah, “kami akan menjalankan siasatan sendiri berkenaan kes ini. Saya pasti kes ini akan membawa kepada berbangkitnya masalah pampasan dan gantirugi.”
Sementara itu, Karen Abu Zaid, Pengarah UNWRA berkata, “agensi kami mentaksirkan kerugian yang dialami kesan daripada serangan tentera Zionis terhadap gudang-gudang agensi kami dalam tempoh 8 tahun lalu adalah hampir satu juta dolar.” Beliau juga menambah, “kami juga telah menuntut ‘Israel’ agar membayar gantirugi terhadap semua kerosakan yang dilakukan, namun kami tidak pernah menerima apa-apa. Oleh itu, kami akan menuntut lebih banyak lagi gantirugi selepas serangan baru-baru ini. Semua gudang-gudang kami menerima kerosakan yang lebih besar berbanding apa yang berlaku sebelum ini.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
No comments:
Post a Comment