Saturday, February 14, 2009

Delegasi HAMAS bertemu Sulaiman di Kaherah, Akan tandatangani perjanjian gencatan senjata dalam tempoh 3 hari.

Jumaat , 13/02/2009 - Tahir al-Nunu, jurucakap kerajaan Palestin yang mengiringi delegasi HAMAS ke Kaherah menegaskan terdapat perkembangan positif dalam perbincangan yang diadakan dengan menteri bertanggungjawab terhadap pasukan perisikan Mesir, Umar Sulaiman yang menyentuh isu gencatan senjata, dialog nasional dan pembangunan semula Gaza.

Beliau berkata dalam satu kenyataannya pada petang Khamis (12/2) dan diterima oleh Pusat Media Palestin, delegasi HAMAS yang tiba di Kaherah pada petang Rabu lalu, telah bertemu dengan menteri tersebut. Perbincangan telah diadakan berhubung isu gencatan senjata, dialog nasional dan pembangunan semula Gaza, sambil menegaskan terdapat perkembangan positif dalam isu-isu tersebut.

Beliau juga menambah adalah dijangkakan satu persetujuan yang jelas akan dicapai sekitar isu gencatan senjata dalam tempoh 3 hari akan datang. Beliau menarik perhatian perbincangan delegasi HAMAS di Kaherah akan diteruskan dan pihak berkuasa Mesir akan terus berhubung dengan semua kumpulan pejuang Palestin sehingga akhirnya permuafakatan nasional yang jelas terhadap isu-isu tersebut dapat direalisasikan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]