Thursday, February 12, 2009

Terkini : Aktivis Mesir dipenjara 2 tahun kerana ke Gaza.

Khamis , 12/02/2009 - Mahkamah Tentera Mesir hari ini (Rabu) menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun terhadap Majdi Ahmad Hussein (gambar ), seorang aktivis Mesir dari pihak pembangkang, atas dakwaan memasuki Semenanjung Gaza melalui jalan yang tidak sah.

Agensi Reuters memetik daripada sumber-sumber mahkamah mengatakan bahawa Mahkamah Tentera di bandar Ismailiyyah, salah sebuah bandar di kawasan Terusan Suez juga telah mengenakan denda sebanyak 5 ribu pound Mesir, iaitu hampir 900 dolar Amerika terhadap aktivis tersebut. Pihak berkuasa telah menangkap beliau yang juga setiausaha agung Parti Buruh yang dibekukan pada bulan lepas di pintu sempadan Rafah ketika beliau pulang dari Gaza. Dilaporkan beliau pergi ke sana sebagai melahirkan rasa simpati dan menunjukkan kebersamaan dengan penduduk Gaza selepas serangan ganas Zionis yang berterusan selama 22 hari.

Pihak berkuasa berkata ia yakin bahawa Hussein telah masuk ke Semenanjung Gaza melalui salah satu terowong yang digunakan bagi kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan antara Mesir dan Semenanjung Gaza. Sementara itu, sumber pihak Polis pula mengatakan Hussein tidak membawa apa-apa dokumen pengenalan diri kecuali lesen memandu ketika dia cuba memasuki Mesir dalam perjalanan pulang melalui pintu sempadan Rafah.

sumber : http://www.islamtoday.net
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]