Tuesday, February 10, 2009

Delegasi Pusat Kebajikan Itali terkejut dengan kemusnahanan teruk di Gaza.

Selasa, 10/02/2009 - Ahli-ahli sebuah persatuan kebajikan di Itali telah melawat selatan bandar raya Semenanjung Gaza iaitu Khan Younis Isnin lalu (9/2/09), membawa bersama mereka dua trak-trak ubat dan 500 bungkusan makanan untuk rakyat Palestin di utara dan selatan Semenanjung Gaza, sumber-sumber dalam masyarakat Islam di bandar raya itu melaporkan.

Wakil-wakil daripada masyarakat tempatan mengalu-alukan kedatangan mereka dan menemani delegasi dari Itali tersebut melawat sekitar Gaza dan mereka terkejut dengan kemusnahan yang sangat besar ditinggalkan oleh tentera rejim Zionis yang kejam pada perang pada Gaza yang lalu . Kemudian mereka mengagih sejumlah wang untuk rakyat Palestin yang tercedera, beg-beg sekolah kepada kanak-kanak sekolah, sumber-sumber itu menegaskan.

Delegasi Itali turut berkesempatan bertemu dengan Menteri dalam kerajaan PA di Gaza sebelum mereka membuat lawatan ke pusat anak-anak yatim Palestin untuk menaja mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]