Friday, February 13, 2009

Ridhwan: Siapa yang menang dalam pilihan raya Israel tidak penting.

Jumaat , 13/02/2009 - Gerakan pejuang Hamas menyatakan sikapnya tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menang dalam pilihan raya Israel. Ini kerana semua parti Zionis adalah pembunuh, berusaha menang dengan mengorbankan darah Palestin.

Dalam pada itu, pemimpin Hamas, Dr. Ismael Ridhwan dalam pernyataanya Rabu (11/2) menyeru pemerintah Ramallah untuk tidak menggadaikan prinsip melalui perdamaian dengan Israel. Beliau juga meminta negara-negara Arab untuk bergabung dengan perjuangan. Beliau menjangkakan bahawa keadaan akan datang akan lebih parah.

Oleh kerana itu, bagi Hamas tidak penting siapa yang menang dalam pilihan raya Israel tersebut, kerana menurutnya semua parti Zionis memusuhi rakyat Palestin. Sama sahaja, sama ada Kadema, Likud ataupun parti Buruh. Semuanya berlumba-lumba untuk memenang pilihan raya untuk mengalirkan sebanyak-banyaknya darah rakyat Palestin. Mereka membunuh, mengusir dan memperkosa hak-hak rakyat demi mendapat sokongan dalam pilihan raya umum.

sumber : COMES
penterjemah : osman

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]