Isnin , 23/02/2009 - Amerika Syarikat optimis terhadap hasil proses damai di Timur Tengah dan mengisytiharkan ia akan terus memberikan kerjasama dengan kerajaan Zionis yang akan dibentuk oleh pemimpin Parti Likud, Benjamin Netanyahu.
Jurucakap Kementerian Luar Amerika, Gordon Duguid berkata negaranya adalah sekutu lama dan setia bagi Israel dan ia akan memberikan kerjasama dengan kerajaan Israel yang akan dibentuk dalam menangani isu-isu dua hala dan isu-isu serantau.
Dalam perkembangan lain, dua orang bekas diplomat Amerika menjangkakan Netanyahu yang pernah menjadi Perdana Menteri kerajaan Zionis itu antara tahun 1996-1999 akan memulakan perbincangan tentang proses damai dengan pihak Palestin dan Syria.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
No comments:
Post a Comment