Monday, July 13, 2009

Pelaburan Norway menghasilkan kapalterbang pembunuh rakyat Palestin.

Beberapa sumber media Norway mendedahkan bahawa keuntungan hasil daripada minyak negara Skandinavia itu dilaburkan untuk memodenkan jet perang Zionis tanpa pemandu yang digunakan bagi melakukan pembunuhan dan tinjauan.

Agensi berita Quds Press melaporkan pada hari Jumaat (3/7) daripada beberapa sumber bahawa pada awal tahun ini, Dana Minyak Norway memiliki beberapa saham dalam syarikat Zionis, Elbit System yang berpengkhususan dalam pembuatan kapalterbang tanpa pemandu.

Ia juga menyebutkan bahawa pengeluaran kapalterbang yang dikenali dengan nama Hermes dan Sky Lark oleh syarikat Zionis itu dilakukan melalui pembiayaan daripada keuntungan beberapa buah syarikat minyak Norway.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]