Sunday, July 19, 2009

Al-Qaddumi sekali lagi menegaskan keterlibatan Abbas dan Dahlan dalam pembunuhan Arafat dan para pimpinan HAMAS.

Sekali lagi Faruq al-Qaddumi, setiausaha agung pergerakan Fatah menegaskan penglibatan Abbas dan Dahlan seorang pemimpin yang khianat dan telah melarikan diri itu dalam konspirasi pembunuhan Presiden Arafat dan para pemimpin pejuang lain. Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak mengiktiraf kerajaan Palestin di Ramallah.

Al-Qaddumi berkata dalam kenyataan akhbar kepada al-Jazeera pada petang Rabu (15/7): “Saya tidak menuduh sesiapa. Tetapi saya hanya membentangkan laporan pertemuan antara Areal Sharon, Abu Mazin dan Dahlan.” Beliau juga percaya dan pasti bahawa laporan itu adalah benar. Beliau berkata: “Saya hanya membentangkan satu dokumen. Jika ia palsu, sila buktikannya. Saya yakin ia adalah dokumen asli dan segala yang terdapat di dalamnya benar.”

Beliau juga menambah: “Semenjak tahun 2004 hingga sekarang, telah terbukti melalui perlakuan beberapa anggota pihak berkuasa, maklumat-maklumat ini adalah benar.” Beliau juga menjelaskan beliau telah memaklumkan beberapa orang anggota jawatankuasa pusat pergerakan Fatah dan Majlis Revolusi tentang dokumen tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]