Yang ketiga
Janganlah engkau sia-siakan usia mudamu dengan perkara yang sia-sia. Jauhkanlah dirimu dari segala amal kejahatan dan maksiat. Anak-anak abah pasti tahu, guru-guru dan naqib usrahmu telah memberitahu, kejahatan dan maksiat mendatangkan dosa. Apabila hatimu berselaput dosa, ia menjadikan fikiran dan nuranimu menjadi kelam. Maka kelam itu akan menyebabkan hatimu kabur memahami hakikat dan makrifat.
Jika engkau tidak terasa pahitnya dosa itu ketika engkau remaja. Namun pahitnya akan engkau rasakan apabila engkau telah tua nanti. Ketika itu engkau akan merasa sesal yang tidak kunjung padam. Ketika itu engkau seakan mahu menjadi kanak-kanak dan remaja kembali untuk menebus semula dosamu itu. Engkau akan menyesal kerana mensia-siakan usia remajamu tanpa engkau isikan dengan amal ibadah apabila timbul ketakutan di hatimu akan kematian. Ketika itu engkau akan mengira-ngira kebaikan dan kejahatan yang telah engkau lakukan, apakah kebaikan melebihi kejahatan. Apabila engkau dapati kejahatan melebihi kebaikan, ingatlah kemusnahan menantimu. Ketika itu engkau akan menyesal dan ingin kembali remaja supaya dapat menebus semula kesilapan dan berbuat kebaikan. Namun segalanya telah terlambat wahai anakku. bersambung

1 comment:
terima kasih.
Post a Comment