Monday, July 13, 2009

Arteri Kehidupan” menuju Gaza pada 23 Julai ini.

Jamal El-Khodary, Pengerusi Persatuan Popular Menentang Pengepungan (PCAS), melaporkan hari ini bahawa “Konvoi Arteri Kehidupan” yang kini berada di Mesir, sedang membuat persiapan untuk memasuki Semenanjung Gaza pada 23 Julai ini. Seramai 180 aktivis akan terlibat di dalam konvoi tersebut.

Para aktivis konvoi tersebut merupakan para penggiat seni dan pekerja hak asasi manusia dan majoritinya adalah berasal dari Amerika Syarikat.

El Khodary berkata bahawa konvoi tersebut akan membawa 50 trak bermuatan makanan dan keperluan perubatan. PCAS yang sentiasa berhubungan dengan penganjur-penganjur konvoi, amat mengalu-alukan sebarang bentuk sokongan daripada mana-mana individu mahupun kumpulan yang memainkan peranan aktif berkaitan isu Gaza.

Menurut beliau lagi, konvoi tersebut sedang membuat persediaan untuk membeli makanan, alat-alat perubatan serta ubat-ubatan untuk dihantar ke Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]