Sunday, July 19, 2009

Hamas selar pengumuman Fayyad berhubung perlindungan terhadap keselamatan Israel.

Sami Abu Zuhri, seorang jurucakap Hamas berkata pada hari Selasa lepas bahawa pengumuman Salam Fayyad (PA) bahawa mereka perlu menempatkan lebih banyak anggota keselamatan Palestin di Tebing Barat untuk mencegah serangan pejuang Palestin ke atas pihak Israel itu membuktikan bahawa pihak keselamatan pimpinan Fayyad sememangnya mensasarkan penghapusan penentangan dan seterusnya menghalalkan pencerobohan Israel.

Dalam satu pernyataan akhbar yang dibuat kepada pihak Pusat Informasi Palestin (PIC), Abu Zuhri turut berkata bahawa pengumuman Fayad itu adalah bercanggah dengan pengumuman terdahulu oleh Mahmoud Abbas, bekas Ketua PA yang mendakwa tiada tahanan tahanan politik di dalam penjaranya.

Pada Isnin lalu, di dalam satu temuramah dengan akhbar Washington Post, Fayyad telah berkata bahawa lebih banyak anggota PA perlu ditempatkandi Bandar-bandar di Tebing Barat bagi menangkis serangan (pejuang Palestin) terhadap Israel dan rakyatnya. Beliau turut mengesahkan bahawa ini adalah satu-satunya kaedah untuk mempertahankan usaha membina Negara Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]