Friday, July 31, 2009

Al-Zahhar: Kita tak benarkan anggota Fatah bebas bergerak di Gaza.

Khamis, 30/07/2009 – Dr Mahmoud al-Zahhar, anggota Biro Politik HAMAS menegaskan semalam, Selasa (28/7) bahawa gerakannya memutuskan untuk tidak membenarkan anggota-anggota ‘Muktamar Keenam’ bagi gerakan Fatah dari Gaza untuk bergerak ke Tebing Barat untuk menyertai muktamar mereka selagi mana Fatah terus memburu para pimpinan HAMAS dan anggota-anggotanya di Tebing Barat.

Al-Zahhar berkata: “Jika mereka mahu bergerak dengan bebas dari Gaza untuk menghadiri muktamar mereka, maka mereka hendaklah membebaskan semua para tahanan sehingga tidak ada seorang pun di dalam penjara mereka.”

Beliau menambah: “Kami tidak mahu menggagalkan muktamar mereka bahkan kami berharap ia berjaya, meskipun kami sudah tahu keputusannya. Tetapi kami tidak mahu muktamar mereka dieksploitasi bagi menjejaskan keadaan keamanan di Gaza. Kami mempunyai bukti bahawa beberapa orang daripada mereka dari luar Gaza terlibat melakukan perancangan yang akan dilaksanakan oleh mereka yang berada di Gaza, namun mereka sekarang sedang berada dalam penjara.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

No comments:

ALQURAN & RECITATION

Quran Explorer - [Sura : 1, Verse : 1 - 7]